Prolog

6.8K 405 67
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Dengan nama Allah, aku menulis picisan karangan cerita. Semoga yang menulis dan yang membaca peroleh manfaat bersama.
.
.
.

"Ibu, kenapa ibu nak bela Luth? Dia tu dah besar panjang," ujar satu suara.

Langkah Luth terhenti di muka pintu pejabat milik pengurus rumah asuhan itu. Tangan yang hendak menolak daun pintu jatuh ke sisi seluar. Celahan pintu yang tidak tertutup rapat mengizinkan telinga menangkap perbualan dari dalam sana.

"Biarlah Luth nak duduk sini. Dia banyak tolong ibu... Aira pun makin akrab dengan Luth," balas pula suara kedua.

"Dia tu dah lah sakit. Gatal pula nak bela anak angkat. Nanti kalau dia mati, siapa nak bela bayi tu? Harapkan Mawar seorang?" sinis sungguh bidasan yang terlontar.

Hati Luth sendiri bagai ditoreh saat itu. Hujung bibir terangkat menampakkan lesum pipit di pipi. Kenapa lelaki itu terus merendahkannya? Kenapa untuk menjaga ibu pun mahu dihalang?

"Tengoklah nanti. Kalau Luth dah mati, biar Kim yang ambil Mawar dan Aira," putus si fulan di dalam sana.

Makin remuk hati Luth. Dia hendak tertawa di situ. Mengapa ada manusia yang telah menganggap dia mati sedangkan nyawa masih dikandung badan?

 Mengapa ada manusia yang telah menganggap dia mati sedangkan nyawa masih dikandung badan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***votexkomen***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***
votexkomen
***

cepat add dalam RL! Berjumpa lagi hihi. Panaskan dulu tangan. Rasa dulu bahang sakit hati Luth.

LUTH : HENTIAN AKHIR✓ [C] Where stories live. Discover now