Random 1

991 38 7
                                    

"Sayang jangan risau. Lut kan kerja. Lagipun dia ada kawan-kawan. Bukan dia buka puasa sorang diri pun. Takmau la sedih," pujuknya lembut.

"Baik. Saya tak sedih dah." Birai mata yang basah, dikesat. Kemudian dia ukir senyuman manis. Membuang jauh segala kesedihan yang singgah di hati.

Lan selalu ingatkan dia supaya jangan sedih kerana Lut jauh darinya. Kata Lan, kalau dia sedih, nanti Lut pun turut sama sedih. Nanti Lut tak dapat kerja dengan tenang sebab risaukan dia. Dia tidak mahu Lut susah hati disebabkan dia. Lagi pula, dia dah janji dengan Lut untuk tidak menangis lagi.

Tapi kata Lan, dia boleh saja menangis sesekali. Kalau beban di hati tidak terkawal, dia boleh menangis dalam pelukan lelaki itu. Boleh juga menangis atas dasar bersyukur dengan nikmat Tuhan.

"Macam itu la isteri abang. Isteri siapa tu?" Lan menyoal mengada. Mata dikerdipkan beberapa kali. Boleh pengsan Pia kalau nampak dia manja macam ini.

"Isteri Ahmad Syazlan," sambung Lani melayan soalannya.

"Ahmad Syazlan yang mana ya?" Jari telunjuk mengetuk dagu. Pura-pura berfikir.

"Ahmad Syazlan yang kacak bergaya tu la," sambung Lani lurus.

Lan ketawa kuat. Memang itu la ajaran dia pada Lani. Kalau bukan isteri yang memuji suami, siapa lagi nak puji.













___________________

Tak tahu la nak kata ajaran sesat ke apa yang Ahmad Syazlan bagi ni. Bab perasan, bagi aje la dekat dia.

Apa pun, pada yang merindui Lan dan Lani, anda boleh dapatkan e-book JANJI TERIKAT SETIA dari saya.

JANJI TERIKAT SETIA
RM12
Format pdf

Apa-apa kekeliruan boleh dm sahaja. Terima kasih ❤️ ❤️






-

JANJI TERIKAT SETIA (e-book) Where stories live. Discover now