"Aku janji aku akan bayar kau balik !Percaya lah aku!Aku janji!Kau boleh percaya aku",aku cakap dengan semangat dasar kata-kataku.
Tapi betul kah Adam boleh berazab dengan janjinya itu?Betul kah apa yang Adam katakan itu benar atau tidak?Jika dia memunkir janjinya,apa akan berlaku dengan kehidupannya?
Isteri aku mengandung anak kembarku ini.Sudah dua bulan dia mengandung dan perutnya kelihatan sedikit boncet berbandingkan 2 bulan yang dahulu.Apabila kita diberi tahu bahawa kita akan ada anak kembar,bukan lagi gembiranya isteriku mendengar berita ini dari doktor yang merawatinya,dengan senyuman lebarnya di tampal di muka isteriku.Senyumannya terlalu lebar sampaikan tidak boleh nampak mata sepet isteriku ini!Hati aku senang melihat wajah isteriku begini.
Kawan-kawan isteriku mengadakan "Baby Shower" ya itu memberi hadiah kepada mak kepada bayi itu.Senyuman isteriku semakin lebar.Meriah sungguh suasana di rumah aku ini dengan ketawaan isteriku dan kawan-kawannya,bersama dengan suara kanak-kanak yang sedang beramain di halaman rumahku.Aku tidak sabar untuk mendengar suara anakku pasti aku akan menjadi bapa yang paling mulia in di kota Malaysia.
Sekarang isteriku sudah mengandung untuk selama empat bulan!Perutnya lebih besar di bandingkan empat bulan yang lalu,tulang belakangnya mula sakit dan dia sering membuang air kecil.DI tempat kerja aku pula ada banyak masaalah kewangwan dan pengarah masyarakat itu memecat aku.Semenajak aku di buang kerja,di rumah aku berhuru-hara dan timbul masaalah yang baru.Setiap hari tuan rumah sewa ini selalu datang ke rumah untuk minta duit sewa dan aku tidak mampu bayar.
Isteriku bertindak keras kepadaku dan memberitahu bahawa kalau aku tidak mampu menanggung kehidupan dia dan bayi di dalam perut dia,dia akan meninggalkan aku.Aku tidak mahu itu berlaku!Aku terlalu sayangkan mereka untuk meleoaskannya.
Bank tidak memberi aku meminjam wang daripadanya,katanya aku tidak mampu bayar mereka kerana aku tidak ada kerja.Aku tiada pilihan yang lain ,aku harus meminjam wang dari Ah Long untuk kebahagian isteriku.
"Ah Long!Aku mahu meminjam wang sebanyak Rm10000,aku janji aku akan bayar kau balik dalam 8 bulan",aku berkata padanya.
"Boleh aku percaya kau?Kau tidak ada kerja tetap,kau tidak mampu bayar semula Rm10000 dan duit bunga.Kalau lah aku memberi wang sebanyak itu kau janji kau boleh bayar aku balik dalam 5 bulan?"
"Aku janji aku akan bayar kau balik .Percaya lah aku!"aku cakap dengan semangat atas kata-kata aku itu.
Dengan itu Ah Long memberi aku duit sebanyak Rm10000 dan mengambil kad identiti aku.
Aku balik dan menunjuk duit sebanyak Rm10000 kepada isteriku.Dia tersenyum lebar dan memelukku dengan erat.Aku sungguh gembira sekarang.
Satu bulan kemudian aku dapat perkerjaan di Singapura,gajinya pula lumayan.Jika aku berkerja untuk lagi empat bulan disitu aku boleh membayar balik duit Ah Long.
Sudah empat bulan aku berkerja .Duit aku pula cukup untuk pembayaran Ah Long tapi dengan duit ini aku boleh beli banyak benda!Seperti barang-barang bayi dan barang rumah.Mungkin aku bayar dia bulan depan sahaja.
Aku menelefon Ah Long dan menipu dia bahawa aku masih tidak ada cukup duit untuk membayarnya dan dia sungguh bodoh!Dia percaya dengan kata-kata aku ini!
Sepuluh hari selepas aku menelefon Ah Long,aku balik dari kerja.Aku lihat pintu pagar itu terbuka luas,pintu rumahku tidak di kunci dengan mangga.Bila aku masuk,aku terlihat setitis darah menuju ke arah kamar tidurku.Tiba-tiba aku teringat bahawa isteri aku berada di rumah.Perutnya di menusuk pisau.Isteriku terbaring di atas katil yang dibasahi oleh darahnya.Di sebelah isteruku ada nota yang tertulis,"Kau tipu aku!Kau ingat aku bodoh?!Kau sudah memungkir janji-janji kau pada aku!Sekarang bayar balik duit aku kalau tidak aku akan bunuh isteri kau!"
Aku jatuh kan nota itu ,angkat isteriku dan memasukkinya ke dalam kereta dan hantarnya ke hospital.Aku terus pergi ke tampat Ah LOng dang membayarnya.Mukanya sombong dan mengerikan.
Kalau aku membayar balik duit hutang aku itu 10 hari yang lalu ataupun bila aku ada cukup duit untuk membayarnya mungkin perkara ini tidak berlaku.Pasti benda ini tidak berlaku,isteri ku sihat dan aku masih tetap ada anak kembarku.Aku menyesal atas perbuatan ku itu.
Kerana memungkiri janjiku lah aku sekarang tidak ada anak.Juga aku sedar bahawa Allah S.W.T berfirman,"Sesungguhnyamakhluk yang paling buruk di sisi allah S.W.T ialah orang-orang yang kafir,kerana mereka itu tidak beriman iaitu orang-orang yang kamu telah mengambul penjanjian dengan mereka,sesudah itu mereka menghianati janjinya pada setiap kalinya dan mereka tidak takut akibat-akibatnya"
Mulai daripada hari itu aku mula memeganag janji-janji aku dan tidak akan memungkiri janji-janji aku tanpa sebab.Aku pun mula menziarahi tempat anak-anak yatim dan memberi kebahagian pada rumah itu.
Isteri aku dan aku berbincang untuk mengambil anak angkat untuk mengalirkan tempat arwah anak ku itu dan untuk mengisi kekosongan hati ku ini.Aku mula juga berkerja keras untuk menanggung keluargaku kerana mereka lah tanggung jawabku.
-.-.-l-l-l-l-.-.-..-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.--.-.-.-.-..-.-.-.-.
I hope you guys enjoy this short story!!
If you guys dont understand this language i will try make a english version of this:)
YOU ARE READING
Short Malay Stories
Short StoryIt is just a different type of malay short story that i created for my school essayEnjoy!My Cerpen