Prolog

335 23 4
                                    


FAJAR SADIQ mulai terbit dari timur sekali gus azan Subuh berkumandang memecah kesunyian di ruang atmosfera bumi. Azan tersebut menunjukkan permulaan hari yang baharu dan juga menyerlahkan sebuah pagi yang indah. Pagi di mana semua masyarakat akan sedar dari lena mereka untuk menjalankan tugas sehari-harian mereka pada hari yang baharu. Pada pagi begini sesetengah keluarga pasti akan menjalani waktu sarapan pagi bersama-sama di meja makan sambil berbual mesra sebelum berpisah menuju destinasi.

Bahkan, waktu pagi seperti ini begitu sesuai untuk melakukan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Contohnya, aktiviti mendaki yang seperti aku dan suamiku sedang lakukan ketika ini.

Aku memeriksa secara sekilas ke arah suamiku yang sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah di belakang khemah kami. Sementara menunggu dia selesai dan aku pula mengambil wuduk, aku sediakan beberapa bahan untuk kami makan ketika sarapan pagi.

Sejak semalam kami memulakan aktiviti mendaki ini dan merancang untuk pulang setelah tiba di bawah. Ikutlah pada waktu bila. Kalau selesai pada petang nanti, petang nantilah kami pulang. Kami melakukan aktiviti ini sekadar suka-suka dan mahu menyihatkan badan. Tambahan pula, aku seorang yang lasak. Suamiku pula melayan tingkahku.

"Sayang..."

Aku mengangkat muka lalu memandang wajah suamiku yang basah denga wuduk yang diambilnya. Senyuman kecil aku ukir sebelum aku melangkah ke tempat yang sama untuk mengambil wuduk.

Di saat aku sedang mengambil wuduk, aku terasa seperti aku sedang diperhatikan. Namun aku tidak menghiraukan perasaan tersebut kerana aku tahu kawasan hutan begini sudah tentu banyak 'penghuninya'. Jadi aku tak mahu mengganggu dia dan dia tidak akan mengganggu aku.

Tiba-tiba aku ternampak kelibat seseorang berlari di hadapan aku. Ah, sudah! Aku beristighfar dalam hati sambil meminta benda itu tidak mengganggu aku kerana aku mahu menunaikan ibadah wajibku. Aku tahu benda itu cuba menguji aku kerana 'mereka' tahu aku dapat melihat mereka.

"Sayang, cepatlah sikit! Subuh bukannya lama pun," laung suamiku di belakang.

Kebetulan pula aku baru sahaja mengambil wuduk. Buat perkara wajib saja untuk menjimatkan bekalan air. Aku menutup mulut gelen menggunakan penutupnya dengan ketat. Baru sahaja aku berpaling ke belakang, aku terasa seperti sesuatu menolak aku dengan begitu kuat sehingga aku bergolek ke bawah. Habis pohon-pohon kecil dan ranting kering aku langgar sekali gus menghasilkan luka pada kulit tubuhku. Puas aku bergolek seperti nangka busuk, aku berhenti di tempat yang rata.

Mataku tertutup rapat, tetapi aku masih dapat rasakan ada sepasang tangan mengangkat aku. Aku tak berdaya untuk mencelikkan mata ini kerana kesakitan yang menyucuk kulit lenganku. Aku tahu, tentu ada serpihan kecil daripada akar atau ranting-ranting kayu tertusuk pada lenganku. Aku membiarkan saja orang itu mengangkat dan membawa aku entah ke mana tempat. Ketika itu, aku dibayangi wajah seorang lelaki yang amat aku cintai. Wajah suamiku menghiasi ingatan sehinggalah aku sudah tidak sedar apa-apa.

My Heart With You [𝚃𝙴𝚁𝙱𝙸𝚃𝙰𝙽 𝟸𝟶𝟸𝟸]Where stories live. Discover now