Bab 2

45 8 2
                                    


SUASANA di rumah kawan ibu ini kelihatan agak meriah sebaik sahaja kami tiba siang tadi. Kata ibu, anak kawannya itu bakal berkahwin dua hari lagi. Jadi ibu mahu membantu kawannya itu menjalankan majlis agar majlis pernikahan si anak dapat berjalan dengan lancar. Aku di sini terpaksa turut sama untuk membantu mereka.

Aku perhati saja para wanita yang berusia lingkungan tua sedikit daripada ibu melakukan gotong-royong memasak untuk disediakan buat tetamu-tetamu yang hadir dan sudi membantu menyiapkan persediaan majlis nanti. Aku tak mahu turut sama nanti aku pula yang dikerjakan. Aku bukannya tidak tahu apa yang bakal disoal oleh mereka lebih-lebih lagi pada majlis perkahwinan orang seperti ini.

Aku alihkan muka dan memerhatikan kaum Adam sedang menjalankan tugas-tugas yang berat. Hatiku mulai terdetik untuk melakukan tugas itu juga. Namun, aku perlu kawal diri untuk tidak melakukan kerja-kerja yang berat di majlis orang. Nanti tak semena-mena pula aku menjadi buah mulut dengan tajuk yang baharu.

Sedang aku duduk tanpa melakukan apa-apa, bahuku dicuit dari belakang oleh seseorang. Aku terus menoleh, semerta senyuman aku terukir kecil apabila wajah kawan ibu, mak cik Suryani menyapa.

"Assalamualaikum, Anith. Boleh mak cik duduk di sini bersama kamu?" sapa mak cik Suryani dengan senyuman yang manis.

"Waalaikumussalam, mak cik." Aku hanya mengangguk bagi jawapan buat soalan itu. Ketika mak cik Suryani sedang melabuhkan punggung, aku mengalihkan muka buat seketika sambil memandang ke arah tetamu yang hadir.

"Kenapa tak mahu bergaul sama dengan orang lain?" Mak cik Suryani cuba bermesra denganku.

Aku menggeleng pula.

"Tak mahulah, mak cik. Semua orang di sini bukannya suka pada saya," cebikku sambil memeluk betis. Kepala lutut kurapat pada dadaku. "Saya bukannya sama seperti anak dara yang lain di desa ni. Semua yang saya buat sering dikritik. Walaupun dah biasa tapi hati saya tetap sakit."

Mak cik Suryani menguntumkan senyuman kecil.

"Bukan semua yang kita lakukan mampu memuaskan hati orang lain. Ada yang memandang serong pada apa yang kita lakukan itu. Usahlah fikir tentang orang. Cukup sekadar fikir tentang diri sendiri. Baik, sayang?" Bahuku dipaut dengan erat oleh mak cik Suryani. Ah, rasa sebak pula tiba-tiba. Agaknya ibu nampak tak kami berdua di sini? Ibu jangan cemburu tau!

"Terima kasih, mak cik." Aku balas dakapan mak cik Suryani dengan erat. Aku yakin jika ibu melihat kami, mesti ibu akan cemburu.

"Oh, sebelum mak cik terlupa. Kamu mesti kenal anak mak cik, bukan?"

Terus dahiku berkerut. Anak yang mana satu pula ni? Anaknya yang sulung ini pun aku tidak kenal, masakan pula aku mahu mengenali anaknya yang lain. Pantas aku menggelengkan kepala.

Mak cik Suryani mengerutkan keningnya. Mungkin hairan dengan reaksi aku terhadap soalannya tadi.

"Mengapa pula tidak? Bukankah kamu sudah berkawan dengannya sejak kecil lagi?"

Aku terkejut. Apa yang dia cuba sampaikan kepadaku ketika ini?

"Hmm... Yang mana satu ya, mak cik? Saya ada ramai kawan yang masih berhubung sehingga sekarang," jawabku dengan sengihan canggung.

Mak cik Suryani mendengus kecil.

"Alah, kamu ini! Kamu lupakah kawan baik kamu yang bernama..." Belum sempat aku mendengar mak cik Suryani menyebut nama anaknya, terbit suara seseorang mencelah perbualan kami.

"Eh, kau juga ada di majlis ini! Aku tak sangka gadis seperti kau masih berkeinginan untuk hadir di majlis pernikahan seperti ini."

Aku menjeling kosong ke arah Sabrina, anak penghulu desa ini. Dia dikenali oleh ramai masyarakat di seluruh desa malah desa seberang juga mengenalinya. Tahu mengapa? Sudah tentulah kerana kecantikan dan keayuan yang dimilikinya. Ramai jejaka yang cuba meminangnya untuk menjadi isteri mereka, namun ditolak olehnya. Tapi, ramai juga yang tidak tahu bahawa... Dia juga dikenali dengan sifat gediknya yang mampu membuatkan semua orang meluat dengannya. Termasuk aku tetapi aku memiliki taraf yang tinggi kerana dia juga benci padaku dek kerana aku tidak sama seperti kawan-kawannya.

My Heart With You [𝚃𝙴𝚁𝙱𝙸𝚃𝙰𝙽 𝟸𝟶𝟸𝟸]Where stories live. Discover now