aku sekali lagi mendoakan kematian. pada diri sendiri. pada otak yang dahagakan kepergian. dan hati yang lelah dek duniawi yang memaksa aku untuk terus melangkah. kau tahu? aku sentiasa tertanya apakah ertinya hidup yang ada tujuan dan semangat untuk melakukan benda yang kau suka atau minati. apa rasanya kehidupan seperti itu?
aku sentiasa melalui jalan-jalan sempit dan bertemu wanita dan laki-laki yang membanting tulang dengan pekerjaan yang mereka lakukan.
ada yang menjadi pelayan mahupun pembersih taman-taman dan pekebun di tempat yang aku lawati. aku tertanya, bagaimanakah mereka mampu mengharungi hari-hari dengan senyuman yang tetap?
aku ingatkan kesyukuran dalam kecilnya kebahagian. sungguh, dalam hidup ini aku hanya dahagakan kesyukuran dan ketenangan. mungkin ada masa aku merasakan kekayaan itu kemenangan yang sangat aku perlukan tetapi dapatkah kebahagian itu dibelikan dengan duit yang dikumpulkan? dapatkah kesyukuran itu dikecapi di kala kau tinggi di puncak langit?
mungkin ya ataupun mungkin tidak. kebahagian, hanya kau yang berhak tahu dimana nilainya. dan nilai tersebut untukku adalah kesederhanaan.
hari ini, angin aku tidak berapa baik. mungkin pembawaan musim tengkujuh ataupun mungkin juga jasad aku penat akan dosa-dosa yang membebani bahu.
hari ini juga, genaplah empat tahun pak ngah aku meninggal. oh, mungkin badan ku secara tidak aku sedari sedang meratapi ulang tahun arwah pak ngah aku. haha, aku rindu akan dia. kalau dia masih hidup, adakah dia bangga denganku? ngah, aku masih disini. aku masih melangkah meskipun sedikit perlahan. apakah kau baik-baik sahaja disana?
banyak hal ingin ku bualkan, ngah. banyak liku-liku derita ku ingin kongsikan. saban hari kadang aku berdoa agar tuhan kembalikan engkau kepada aku. ada masa aku dahagakan perhatian kau lagi. tapi semua itu mustahil kan?
ngah, doakan aku. doakan aku tidak mencabut nyawaku sendiri. beberapa bulan ini terlalu banyak perasaan ingin mencabut nyawaku sendiri muncul. walau aku sedang tertawa, aku masih memikirkannya untuk melaksanakannya. seolah-olah ada seorang yang sentiasa membisikkannya kepada aku.
banyak benda berlaku dalam empat tahun ini, ngah. oh ya, aku belikan kedua-dua anak perempuanmu masing-masing telefon baru. haha, hasil dari duit dikumpul adik-beradik ngah juga. dan udak dah empat tahun tidak "relapse"! alhamdulillah.
semuanya berhikmah kan, ngah? pemergianmu, mengugat separuh nyawa dan mengajar seribu perkara kepada kami. moga kau tenang ya, ngah? akan ku doakan engkau senantiasa. akan ku rindui kau, sepanjang masa.
selamat ulang tahun, pak ngah. :)