"How to pronounce your name?" Supervisor itu bertanya kepadaku semasa lunch.
"Oh, it's like this." Dan aku menyebut namaku kepadanya.
"That's a short and simple name. Tapi nice. Gonna name my son with it."
"Oh, your wife pregnant ke?"
"No, marriage is a scam. I don't believe in it."
Aku ketawa kecil mendengarnya. That's not the first time aku dengar statement begitu dan aku yakin yang itu juga bukanlah kali terakhir aku akan mendengarnya. Samalah bila orang salah sebut nama aku.
Okey hari pertama internship aku went well. Aku memang tak expect apa-apa from the beginning so yeah, it went fine like that. Aku intern di sebuah publishing company dan aku disuruh jaga social media dorang punya magazine dan juga tolong tulis artikel sikit. Better than that trading company.
Lagipun, kat office ni, ada senior kolej aku dulu yang aku kinda rapat. Nama dia Adli dan sekarang dia kerja as Junior Writer kat sini. Jadi sekiranya ada apa-apa, kalau bukan pada editor, aku akan refer pada dia. Cumanya tulah bila kerja dengan member ni dia macam terlalu laid-back sikit.
Aku juga turut rapat dengan lagi tiga orang intern dan seorang lagi writer lain. Kesemua mereka adalah perempuan dan berbilang bangsa lagi kaumnya.
Daniel Darwisy, is this your internship journal or something? Why this all sound familiar?
Semasa sarapan tadi, aku pandang saja bungkusan nasi lemak tadi. Senyuman terlakar di wajah aku. Aku pegang bungkusan nasi lemak itu. Tak, aku tak imagine aku pegang tangan dia. Aku aware yang aku masih pegang sebungkus nasi lemak.
"Saya bayarkan untuk budak ni..."
Yes it is a random act of kindness. A gesture yang kau boleh dapat basically anywhere. Okey mungkin sebab dia handsome so that act is somewhat something memorable. C'mon, we all feel that way when random handsome guy pegangkan pintu untuk kita.
Tapi bukan dalam kes ni. Aku tak cam sangat pun muka dia. Aku hanya nampak side profile sebelah kiri mukanya sahaja. He has a cheekbone, rambutnya memang disikat kemas. Baunya juga sangat wangi. It must be at least Alain Delon. Aku tak rasa kerja dia kerja biasa. He must be working in a professional field. Kerja bank kut?
Wow, for someone yang baru jumpa someone less than 30 seconds, aku punya infatuation agak dahsyat ya.
Dan perkara ini berlarutan sehinggalah ke waktu bilik. Budak intern lagi tiga orang tu ajak aku naik sekali Grab dengan dorang so in a way, dapat jimatkan duit belanja.
Dan tibalah di stesen itu. Stesen mana lagi kalau bukan Stesen LRT Masjid Jamek. Here's a tips. Kalau korang naik Kelana Jaya line to Gombak and happen to turun on that station, pilih coach depan sebab dekat dengan escalator.
Daripada Kelana Jaya ke Masjid Jamek, orang memang bersusun even tin sardin can relate closely. Jadinya aku pun dengan berlengas terpaksalah hadapkan juga. Nak naik Grab daripada Kelana Jaya sampai Sri Petaling nanti mahu RM25. Duit makan tiga hari tu. Let's be realistic, sometimes that amount cukup duit makan sehari je. Kita duduk kat KL kut bukannya Seremban.
Dan semasa aku sedang membeli air Tealive dalam perjalanan nak ke laluan Sri Petaling, aku nampak dia lagi. You know that moment when you can tell that itu orangnya even after a long day. Oh tak pernah eh? Aku je eh?
Dia mengerling ke arah aku sebelum pantas memandang ke depan semula. Aku pun kemudian membuntutinya dari belakang.
Aku nampak kali ini dia mempunyai sebuah beg galas bersamanya. Beg itu berwarna merah dan terdapat initial 'EN' di situ berwarna hitam. Mungkin itu namanya.
Erwan Nazim?
Ezwan Nasir?
Eqwan Nazrin?Tapi dia nampak terlalu tua untuk mempunyai nama seperti budak berumur 10 tahun. Yes, nama yang aku sebutkan tu sangat childish ya.
Tie yang dia pakai tadi sudah dilonggarkan sedikit. Jadi di situ aku mengagak yang dia melalui hari yang memenatkan di pejabat.
Nampak saja dia nak naik ke laluan menghala ke Ampang, aku mempercepatkan langkah dan memanggilnya.
"Bang!"
Dia berkalih. Kali ini aku berjaya memandang mukanya depan-depan. And yeah. He's a one fine specimen of human being.
"Yes, kenapa ya?" Dia dengan suara garau perlahannya itu.
"Saya nak cakap terima kasih pasal pagi tadi."
"Pagi tadi kenapa eh?"
"Yang Abang belanja saya nasi lemak tu. Oh ya, ini duit gantinya." Aku menghulurkan sekeping not RM5 kepadanya. Mujur lunch tadi dapat pecahkan duit.
"Eh, no needlah. Bukan banyak mana pun. Kebetulan saya pun memang nak tambah barang tapi tak tahu nak beli apa."
"Eh, takpelah. Pagi tadi saya nak kejar Abang tapi Abang laju sangat. Saya sampai bawah je, pintu tren dah tutup."
"Oh laa ya ke? I'm sorry then." Kemudian dia memandang ke arah tren yang nak datang. "Is that yours?"
Ya, tren ke Putra Heights. Aku mengeluh kecil.
"Ha'ah. Terima kasih ya, bang."
"No biggie. See ya later!"
Did he just say that? Did he just---
Okey, sekarang masa untuk overthinking ya, tuan puan...
---------------Just nak idea, do you guys want the POV from that guy too or just the narrator's POV? Let me know!
Also, this is doing numbers so yeah, 20 votes if possible. We shall see how the story going. And memang narrative dia pendek-pendek but ada point for each chapters. Stay tuned!
YOU ARE READING
Stesen Berikutnya...
RomanceKau tahu dia bukan untuk kau Kau tahu dia memang tak padan untuk kau Tapi kau masih mahukan dia Rasa itu akan tetap ada Kalau dah takdir It still will be right? Ada kalanya keretapi yang salah itu akan membawa kita ke stesen yang betul...