Bila ada benda kita buat tak jadi, semak dulu mungkin ada dosa yang kita tak taubatkan.
Kunci dia mudah, kembali pada diri sendiri dulu. Usah tengok pada orang lain.
@DakwahOfHeart
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Bukan kiraan berapa lama kita berusaha. 10 saat atau 10 tahun tiada beza pada Allah.
Cuma yang penting atas setiap usaha, kita sandarkan pada Allah.
Iya, kita kena yakin bahawa Dia sahaja yang menjadikan. Kita usaha dan serah hasilnya hanya pada Dia.
Supaya akhirnya nanti kita tidak kecewa jika apa yang kita usahakan tak berhasil. Dan tidak pula terlalu bangga diri bila apa yang kita buat menjadi.
@DakwahOfHeart
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Bersyukurlah jika kalian mempunyai pasangan yang peduli dengan akhirat kalian.
Dia mungkin cerewet mengingatkan kalian dengan itu dan ini. Mungkin dia agak merimaskan kerana asyik menghalang kalian begitu dan begini.
Mungkin setiap hari nampak macam sibuk nak menegur semua yang kalian buat.
Namun percayalah, dia menjadi pasangan kalian kerana Allah ingin menjaga kalian. Allah sayangkan kalian melalui pasangan yang Dia beri.
@DakwahOfHeart

ANDA SEDANG MEMBACA
DakwahOfHeart❤️
No Ficción"kerana patah hati - melahirkan sebuah kekuatan yang luar biasa"