25

7.3K 362 26
                                    

Luke dan Rose mendiamkan diri. Tiada siapa yang memulakan perbualan sehinggalah akhirnya Luke yang bersuara.

Gadis itu yang mengajak dirinya berbual di halaman rumah tetapi dia pula kena mulakan perbualan.

"Kenapa diam?" tanya Luke bagi memecahkan suasana sunyi di antara mereka berdua.

"Kenapa awak datang sini?" Soalan berbalas soalan.

"Soalan apa kau tanya ni? Mestilah untuk jumpa kau," bengang Luke.

Mata kelabunya merenung tajam ke arah Rose yang sedang menekur lantai.

"Tak perlu. Saya dengan Harraz dah nak kahwin dah pun," kata Rose perlahan.

Ah, dia bingung! Kenapa hatinya ingin lain tetapi mulutnya kata lain? Dia memang gembira lelaki itu mencari dirinya tetapi untuk melupakan perkataan pengkhianat bukan mudah.

Luke berdecit sinis. Dia berjalan mendekati Rose dan berdiri betul-betul di depan gadis itu.

"Kau masih lagi tak pandai menipu  Sarah," sindir Luke.

Rose mengetap bibirnya geram. Dia mendongak melawan panahan mata lelaki itu sebelum jari-jemarinya ditunjukkan kepada Luke. Sebentuk cincin yang elok tersarung berada di situ.

Luke memandang Rose geram. Tidak percaya dengan tindakan gadis itu. Tangan gadis itu diraih sebelum mata hazel itu direnung dalam.

"Semudah tu Sarah? Semudah tu kau lupakan aku dengan Melissa? Kau tau aku sayang kau kan? Kenapa Sarah? Kenapa?" tanya Luke dengan nada kecewa.

Rose mengatup matanya buat beberapa saat untuk menenangkan dirinya daripada perasaan sebak yang mula menjalar di tangkai hati.

Saat matanya terbuka, wajah Luke semakin hampir. Makin hampir. Sehinggalah...

Rose menolak tubuh sasa itu apabila bibirnya hampir bercantum dengan bibir si jejaka. Matanya membulat besar.

"Awak patut tau batas awak Luke Anderson Smith! Ye, saya mengaku yang saya cintakan awak! Saya cakap yang saya tak cintakan awak masa tu sebab nak lindungi awak. Saya tak nak awak tercedera sikit pun. Cincin ni pun tipu. Saya takde apa-apa dengan Harraz. I love you!" luah Rose panjang lebar.

Luke mendiamkan diri. Dia hendak dengar segala luahan yang gadis itu simpan di dalam hati selama ini.

"Tapi saya kecewa... kecewa dengan sikap awak yang tak berubah. Saya ni memang murah di mata awak kan?" tanya Rose sebelum air matanya mengalir di pipi.

Luke pantas menggeleng. Dia ingin meraih tangan gadis itu tetapi Rose sempat menarik tangannya terlebih dahulu.

"Tak bukan tu maksud aku. Aku tak pernah anggap kau murah lagipun kau pernah ke nampak aku buat macam tu dengan perempuan lain?" Luke membela dirinya.

"Bukan itu masalahnya Luke tapi awak tetap sama," balas Rose.

"Then, kau fikir apa? Aku datang sini dengan watak macam malaikat? Lelaki alim? Okey fine! Aku sedar aku teruk. Aku ni tak habis-habis nak kiss kau, peluk kau. Kau nak tau sebab apa? Sebab aku rindu kau! Tiga tahun Sarah, tiga tahun!" luah Luke.

"Sebab tu aku datang nak ajak kau kahwin. Aku nak kita berpeluk, bermesra dalam keadaan yang halal dan diredhai Allah. Aku mungkin tak sebaik ustaz atau lelaki di luar sana tapi aku akan cuba jadi yang terbaik untuk kau. Bagi aku peluang untuk isi hati kau Sarah," kata Luke lagi.

Rose terdiam. Lelaki itu betul-betul bersungguh dengan niatnya. Mana mungkin dia akan tolak sedangkan hatinya juga turut mahu bersama lelaki itu. Tetapi macam mana kalau ada musuhnya yang akan menyerang Luke dan si kecil, Melissa?

Luke mengeluh perlahan apabila Rose masih lagi termenung dan berada di dalam dunianya sendiri.

Dia mengambil kesempatan untuk mengeluarkan sebuah kotak baldu daripada belakang poket sebelum tangan Rose yang berlapik ditarik perlahan. Kotak baldu tersebut diletakkan di atas tapak tangan gadis itu.

"Aku tunggu jawapan kau. Kalau kau setuju tak perlu pulangkan dalam masa tujuh hari tapi kalau kau tak setuju..."

Luke mengambil nafas dalam seraya memandang wajah cantik Rose Maisarah. Gadis kedua yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Dia menyambung ayatnya yang tergantung sebentar tadi.

"Pulangkan balik cincin ni pada aku."

Rose tergamam. Gulp.

                            ⭐⭐⭐

Harry memerhati tindak-tanduk seorang gadis bertudung labuh yang sedang bekerja di sebuah cafe. Senyuman sinis terukir di bibirnya sebelum dia melangkah masuk ke dalam cafe itu. Topi dipakai supaya mukanya tidak kelihatan.

Riak wajah tenang dan beku ditayang dengan bersahaja sebelum dia mengambil tempat duduk.

Senyuman kian melebar apabila gadis itu yang datang untuk mengambil order. Dia kekal menundukkan pandangan.

"Encik nak order apa?" tanya gadis itu.

"Saya nak order hati awak boleh?" tanya Harry sambil tersengih seraya mendongak memandang gadis itu.

Dia tertawa kecil apabila gadis itu seakan terkedu. Hailah, Maryam khadijah ni,  comel betul. Harry menongkat dagu merenung gadis itu.

"Maaf, order encik tu takde dekat sini. Dekat sini ada makanan je," jawab Marya perlahan.

"Hermm... aku nak green tea blended lah. Aku nak kau yang buat dan mesti sedap," kata Harry.

Maryam mengangguk. Selepas mencatat di buku notanya, terus sahaja dia ingin pergi tetapi langkahnya terhenti apabila telinganya dapat menangkap ayat Harry.

"Kau tak rindu aku?"

Maryam berpusing memandang belakang. Matanya bertentangan dengan Harry tetapi cepat-cepat dialihkan.

"Banyak lagi yang saya perlu buat selain rindu encik. Saya pergi dulu," jawab Maryam.

Harry mencebik. Penat-penat dia rindu gadis itu tetapi gadis itu pula sebaliknya. Culik kang baru tau!

Selepas beberapa minit menunggu, Maryam kembali dengan green tea blended.

Air tersebut diletakkan di atas meja Harry. Senyuman kecil diberikan sebelum dia berlalu pergi.

"Maryam, mak kau sakit kan?" tanya Harry. Gadis itu tersentak.

"Mana encik tahu?"

Maryam mengemam bibirnya perlahan.

"Aku tau semua tentang kau. Aku tau mak kau dekat hospital dan perlukan pembedahan secepat mungkin. Tapi... kau takde duit kan?"

Harry tersenyum senang dengan kening sebelahnya terangkat. Sangat mudah untuk mendapatkan gadis itu.

"Itu bukan urusan encik." Maryam mendengus geram.

"Aku boleh bagi kau duit tapi dengan syarat, kahwin dengan aku," kata Harry selamba.

"Sah, encik ni gila!" hambur Maryam.

"Haah, gila sebab kau. Ini nombor aku, kalau kau rasa nak tukar fikiran call je. Well, aku yakin kau akan call. Berapalah sangat gaji yang kau dapat dekat sini kan? Ouh, aku ada hal. So... bye, bye."

Harry melambai tangannya di depan muka Maryam dengan senyuman bersahaja. Kenyitan mata juga dihadiahkan buat gadis itu. Sekeping kad bersama not berwarna ungu diletakkan di atas meja sebelum dia berlalu pergi.

Maryam mengepal tangannya. Matanya menghantar pemergian lelaki itu sebelum keluhan berat terbit di bibir. Kenapa seseorang yang baru dia kenali dulu tahu tentang dirinya? Perlahan kad itu diambil dan disimpan di dalam kocek.


Done bab 25 🌈🍰

Don't forget to vote and comment 💕😉

3 | Cinta Hati Mr Mafia ✔️Where stories live. Discover now