💋CHAPTER 1-RUBY 💋
"Nah, ambil bayi ni. Bawa dia pergi dari sini. Ingat, jaga dia dengan baik." Pesan seorang ahli peniagaan kepada lelaki yang tadi duduk bercerita akan nasib malangnya.
"Terima kasih Encik , budi baik Encik tak akan saya lupakan sampai bila-bila" Bayi disambut dengan cermat. Ahli peniagaan tadi hanya berdiam. Mata masih melirik pada bayi yang baru saja tadi diambil dari wad bayi.
###
[24TAHUN KEMUDIAN]
"Selamat pagi Kak Sofia" Tegur Ruby dengan muka tersenyum.
"Selamat pagi Cik Ruby. Mari sarapan. Akak ada buat kopi ni " Ajak kak Sofia sambil menuang teko berisi kopi ke dalam cawan.
"Boleh juga . Terima kasih kak." Mata sempat melirik atas meja. " Mereka semua dah turun sarapan ke , kak?" Tanya Ruby bila melihat beberapa cawan kotor dan piring bersisa masih belum dikemas.
"Sudah , Cik. Cuma anaknya saja yang belum" Balas Kak Sofia dengan nada perlahan. Ruby kerut kening seribu menengok kak Sofia. Sempat Ruby pandang arah jam. Angka menunjuk pukul 8.
"Dia tak sihat ke , kak " Ruby menunjuk rasa prihatin.
"Ish. Tak dela. Dia balik lewat semalam" Jawab Kak Sofia selamba badak. Terdengar bunyi piring berlaga dibawa ke arah sinki.
"Lewat? Dia pergi mana? Bukan semalam dia ada dekat rumah ke ?" Ruby kepoh nak tahu.
"Ada kejap je lepas tu dia keluar. Tak silap akak, ada seorang gadis cari dia semalam" Cerita Kak Sofia .
"Gadis ? " Ruby memikir. Selama sebulan, dia menjadi jururawat Encik Robert, tak pernah dia jumpa mana-mana gadis yang datang ke rumah.
"Ni ,Encik Robert dah bangun ke ?" Cepat-cepat Kak Sofia menukar cerita."Sudah, kak"
"Auh. "
"Kak Sofia , siapa gadis semalam ? Kekasih Encik Alvin ke?" Tanya Ruby ingin tahu.
"Bukanlah. Encik Alvin tu mana pernah lekat dengan satu gadis." Beritahu Kak Sofia sambil tangan ligat menyabun pinggan.
"Maksud kak Sofia. Dia ni jenis buaya macam tu?" Pantas Ruby meneka.
"Uishhh, bercakap tu jangan kuat sangat. Nanti didengar oleh Encik Robert , kita dibuangnya kerja" Kak Sofia menegur. Ruby angguk kepala faham dan membetulkan cara duduknya.
"Ceritalah lagi kak Sofia , pasal Alvin tu." Desak Ruby seraya dua tangan menongkat dagu. Kak Sofia memikir kemudian baru membuka cerita.
"Dulu, dia ni baik dan tak pernah nak sakitkan hati orang lebih lagi Akinya tu. Malah tak ada wujud perangai macam ni."
"Owh , ye ke. Habis , apa sebabnya dia berubah macam ni sekali?" Ruby makin seronok nak tahu.
"Dia jadi macam ni lepas putus tunang . Itu, yang dia berubah perangai. Kalau Cik Ruby nak tahu. Ada sekali tu, dia bawa balik anak gadis orang dalam keadaan mabuk "Cerita Kak Sofia bersungguh.
What! Ruby ternganga besar." Lepas tu apa jadi?" Ruby semakin kepoh.
"Apa lagi kecoh dibuatnya"
"Encik Alvin ada tunang ke dulu ,Kak Sofia ?"
"Ada . Masih hidup dan sihat walafiat lagi. Dengar cerita, tunangnya berhubungan dengan kawan baik Encik Alvin sendiri"
"Kira curanglah tu. Jadi dia sekarang ni tengah frust menongenglah ni ,ye Kak Sofia" Ruby dengan pantas membuat andaian sendiri.
"Mungkinlah. Dia tu sayang sangat kat tunang dia tu dulu . Masa dia putus tunang tu, banyak hari jugalah dia terperap je dalam bilik tu. "
"Siapa tak sakit hati kak oi. Dah kawan baik sendiri tikam belakang dia . Tunang pulak tak tahu bersyukur , dah macam tak de lelaki lain ke sampai kawan baik tunang pun dia nak sapu. Huh! Sekarang fahamlah Ruby kenapa dia macam tu"
YOU ARE READING
RUBY
RomanceRUBY BY STACY EMELY SINOPSIS; ALVIN , seorang lelaki tampan dan suka berfoya-foya, tidak mempunyai pilihan lain selain mengahwini seorang jururawat peribadi yang dipanggil makcik kerana telah melampau batas kesabaran datuknya yang juga seorang ahli...