Plan

312 15 0
                                    

| Di rumah keluarga Uchiha|

"Fang, selama kau ada di sini, kau ada terfikirkan apa-apa rancangan untuk balik ke dunia moden ke?" Tanya Boboiboy, memandangkan mereka juga turut tersekat di sana, Boboiboy dan Gopal tidur di bilik para adik-beradik Uchiha dan alien, manakala Yaya dan Ying mengikuti Sakura untuk tidur di rumah keluarga Haruno.

Daripada ikut ke rumah Naruto, memang bersepahlah rumah dia. Dah la cuma ada ramen sahaja yang ada di dalam dapur, memang tak lah Boboiboy dan Gopal nak tinggal dengan Naruto.

"Sebenarnya, aku dan kapten Kaizo belum rancang apa-apa lagi. Tapi kami pernah mencuba menghubungi korang, tapi tak dapat memandangkan kita dalam masa lepas. Maknanya, kita terpaksa tunggu bantuan tiba, lagipun, Ochobot masih di masa hadapan kan?" Boboiboy mengangguk, "Rasanya, kita masih dapat balik semula ke tak?" Soalan Boboiboy membuatkan Fang terdiam, dia sebenarnya bingung, sudah terbiasa dengan kehidupan di situ, begitu juga dengan Kaizo. Meskipun Kaizo masih berhati-hati dengan sekelilingnya, tapi dia berasa selesa dengan keluarga Uchiha tersebut.

walaupun sebenarnya, dia tahu rahsia terbesar Itachi.

"kalau boleh aku nak tinggal di sini" gumaman Fang tidak di dengari oleh Boboiboy, membuatkan lelaki bertopi oren itu tertanya-tanya, "Boleh kau ulang balik tak apa yang kau cakap tadi?" Pinta Boboiboy, Fang yang berangan jauh itu kembali ke realiti lalu memandang Boboiboy kemudian menggeleng kecil, "Takde pape lah." Fang mengukir senyuman kecil.

"Fang, macam mana kehidupan kau dengan kapten Kaizo di sini?" Tanya Boboiboy, berasa curious dengan kehidupan mereka berdua dengan keluarga Uchiha.

"Ok je, sebenarnya. Tapi tu lah, si ayam tu annoying sangat, rasa nak je aku cukur kepala dia sampai botak." Suasana tenang tadi di penuhi dengan gelak Boboiboy apabila Fang memanggil Sasuke 'ayam'.

"Alah, se'annoying' dia pun, kau masih kesah pasal dia kan? Mengaku je la yang kau sebenarnya macam tu" Kata Boboiboy, masih dengan sisa tawanya.

"Mana ada! Woi, jangan lah gelak! Apa yang lawak sangat hah?!" Tanya Fang, mengerutkan dahinya, malah, membuatkan tawa Boboiboy makin besar dan galak.

"WOI DIAM LA PONTIANAK SESAT MANA LAK KETAWA MEMALAM NI HA?!"

"Sumimasen deshita!"

| Di suatu tempat, berdekatan dengan mansion milik keluarga Uchiha |

"Itachi" Panggil Kaizo, "Ah, Kaizo. Kau rupanya, kenapa belum tidur lagi?" Itachi memusing badannya menghadap Kaizo lalu menghadiahkan lelaki yang mempunyai iris mata merah bak darah itu senyuman lembutnya.

"Aku tak dapat tidur, kau pulak?" Tanya Kaizo semula kepada Itachi lalu berdiri di sebelah Itachi, memandang bulan yang menyinari malam yang gelap itu.

"Sama lah" Suasana di antara kedua-dua yang bergelar 'nii-san' itu sepi sahaja, namun selesa dan nyaman. Angin yang meniup mereka pada waktu malam itu lembut sahaja.

"Itachi" Panggil Kaizo, masih memandang full moon pada waktu malam itu, "hm?" sahut Itachi, sama seperti Kaizo, memandang bulan penuh itu juga.

"Kau masih nak teruskan rancangan kau untuk bunuh seluruh rakyat Uchiha ke?" Soalan Kaizo membuatkan Itachi tergamam dan terkedu, senyuman yang terhias di bibir Itachi mula menghilang.

"Aku terpaksa, Kaizo." Kata Itachi, lalu mengalihkan pandangannya pada Kaizo. Kaizo juga turut memandangnya membuatkan mereka berdua ber'eye contact' sesama sendiri.

"Kau tau tak, aku pernah sekali, nak ambil benda berharga milik Boboiboy, Yaya, Ying dan Gopal. Tapi dorang buktikan, yang dorang berhak memiliki benda tu, lepastu aku berfikir semula, yang aku patut biarkan je dorang miliki barang tu. Kau tau tak sebab kenapa?" Soalan Kaizo di biarkan sepi.

"Sebab aku tau dorang mampu menyelamatkan seluruh dunia dengan kuasa yang dorang ada, walaupun dorang tahu, yang kemungkinan besar, kalau aku ambil benda penting yang dorang perlukan tu, dorang tetap menolong orang lain yang dalam kesusahan, walaupun tanpa kuasa yang dorang ada sekarang ni." Sambung Kaizo.

____

to be continued

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Brothers Siblings [ SU ]Where stories live. Discover now