Prolog

94 12 19
                                    

🌼 Cinta Itu Buta 🌼

*****

"Kau sini, perempuan! Dasar isteri tak guna!" Dikejar isterinya yang cuba melarikan diri dengan langkahnya yang tidak stabil namun tidak langsung menyekat pergerakannya.

Sang Isteri mula diburu rasa takut yang semakin mencengkam dada. Sungguh siapa saja akan takut apabila melihat suaminya marah. Lagi pula dalam keadaan mabuk sebegitu, manalah suaminya sedar. Pasti saja semuanya di luar kawalan dan minda.

Dia sudah buntu dan tidak tahu mahu berlari ke mana lagi. Kesemua barang yang berdekatan dengannya dan ternampak dengan sekali kilas sudah diambil dan dibaling pada suami untuk menyekat pergerakan namun tetap tidak berhasil. Akhirnya, dengan keadaan yang ragu-ragu dia tiada pilihan selain daripada menaiki tangga untuk melarikan diri.

Itu saja jalan yang ada!

'Ya Allah. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menaiki tangga ini. Sungguhpun jika aku tidak mampu, kau selamatkanlah anak didalam kandunganku ini,' doanya didalam hati sambil memegang perutnya yang memboyot.

"Suraya!"

Suraya semakin takut apabila suaminya semakin hampir. Tanpa berfikir dengan lebih lagi, dia berlari menaiki tangga dengan matanya yang tertutup. Dia takut untuk melihat segalanya. Semuanya dia pasrah kepada Yang Esa.

"Mana kau nak lari?"

Jerkahan suaminya semakin dekat, Suraya terus menerus melangkah namun entah mana silapnya, dia tersadung.

"Argh!" jerit Suraya, jatuh menyembah bumi.

Perutnya dipegang. Aliran darah yang membasahi kainnya dapat dirasai. Perit! Sungguh hanya itu saja yang dapat dia rasai masa ini.

Michael tersenyum sinis. Lalu mendekati Suraya dengan pandangan mengejek. Suraya yang kelihatan sakit berserta tangisan hebat langsung tidak diendahkan. Perasaan marah dan benci terhadap isterinya semakin membuak-buak.

Michael mengusap lembut pipi Suraya yang membengkak dan aliran darah dari tepi mulut diseka. Itu adalah penangan tamparannya. Cantikkan tanda yang dibuat pada wajah Suraya? Patut tak dirinya menambah lagi kesan itu?

"Hey, sayang. Kenapa ni?" Michael bertanya dengan penuh rasa kasih dan sayang terhadap isterinya.

Suraya tidak menjawab. Hanya air mata dan esakannya saja yang kedengaran. Perasaan takut semakin merebak ke setiap sudut hati. Badannya sedikit menggigil apabila disentuh sebegitu.

Tangan Michael mengusap pipi Suraya yang deras dengan air mata. Kemudian, perlahan-lahan diselitkan rambut yang menutupi wajah Suraya ke belakang telinga. Matanya terlekap pada tangan isterinya yang memegang perut yang membesar. Perlahan-lahan tangannya turut berada disitu lalu mengusap lembut sebelum...

"Argh!" Suraya menjerit kesakitan. Tangan suaminya yang menekan perutnya itu cuba dialihkan namun gagal kerana ditepis.

"Abang! Jangan, Abang! Sakit! Abang, sakitlah!" jerit Suraya menahan kesakitan. Dapat dirasai bahawa kandungannya semakin berada dihujung jalan.

Michael semakin menekan perut isterinya. Entah apa yang merasuknya untuk berbuat demikian namun jeritan kesakitan dari isterinya, sungguh merdu didengar. Hatinya puas!

"Ini balasan! Sebab kau curang belakang aku!" jerit Michael lantang sambil menekan perut Suraya.

"Abang! Su tak curang, bang! Argh! Abang! Berhenti, bang! Sakit! Sakit!" Suraya tidak dapat menahan sakitnya lagi lalu memukul-mukul suaminya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Adriana MarcellaWhere stories live. Discover now