Lucy menutup tubuh Yuri yang sudah tidur selepas makan malam. "Penat lah tu, seharian berjalan." Lucy tersenyum nipis, mencapai beg kecil milik Yuri. "Ada apa dalam beg tu?" soal Jacob di pintu. Lucy bangun dari katil, berjalan ke ruang tamu untuk melihat beg milik Yuri.
Helaan nafas dikeluh, Lucy memang langsung tidak menyentuh beg tu, Jacob apatah lagi. Lucy mengeluarkan beberapa keping gambar. "Lucy... The woman look exactly like you though." ulas Jacob, Lucy terdiam. Wanita dalam gambar itu benar-benar miripnya, mungkin itulah ibu kepada Yuri.
"No wonder she recognized me as her mother," Lucy mengetap bibir. "Tapi dia ni datang dari mana, sebenarnya?" fikir Lucy. Jacob mengangkat bahu, tapi fikirannya teringat apabila dia menerima Yuri masuk ke dalam rumahnya. "Awak ingat masa hari pertama dia tinggal di sini?" Lucy mengangkat alisnya, "Yuri bawa baju dalam beg dia, saya rasa macam.. Ada yang dirancang, kalau dia memang hilang, siapa yang bawa baju pergi mall?"
Lucy mengetap bibir, cuba menghadam ayat yang dilontarkan oleh Jacob, ada benarnya juga. "Ju Yuri.." Lucy mengetap bibir, sambil memandang gambar di tangannya itu. "Kalau saya post pasal Yuri ni, ada orang cari tak?"
"Honestly Siyeon, I don't really trust people on social media. How about we wait for the police to do their job?" Lucy menunduk, mengangguk faham. "Junyeong."
"You never called me that bef—"
"Macam mana kalau Yuri dah balik rumah dia?" soal Lucy, memandang Jacob dengan mata yang berkaca. "Saya tak dapat jumpa Yuri lagi, kan?" sambungnya. Jacob diselubungi rasa bersalah, "A-awak okay?" terus Jacob mendekati Lucy, merapatkan kepala pasangannya ke bahunya, mengusap perlahan. "Saya dah anggap dia macam anak saya sendiri juga," luah Lucy lagi.
"Saya sayang Yuri."
YOU ARE READING
Butterfly ; Bae Jacob
Fanfictionᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ Jacob dan Lucy menjaga anak perempuan yang ditemukan semasa si kecil itu memerlukan perlindungan dan perhatian.