ST 7

558 87 46
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

"Seriuslah, Jannah!"

Terus Jannah menjauhkan telefon pintarnya dari telinga. Boleh pekak telinga dibuatnya kerana jeritan Sofia yang sangat kuat.

"Seriuslah kau dah nak kahwin!" Sofia nyata terkejut. Masih tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh kawan baiknya.

"Benda macam ni mana boleh buat main-main. Memang betul, aku dah nak kahwin," bicara Jannah sambil berjalan menolak bagasi ke hadapan. Tempat duduk yang berada di tengah-tengah Seoul Incheon Airport menjadi tempat dia berehat sementara menunggu seseorang menjemputnya.

"Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal? Nasib baik kau bagitahu sebelum kau kahwin. Tapi kalau kau dah kahwin baru nak bagitahu aku, kita putus kawan!"

Jannah ketawa nipis. Nampaknya Sofia marah benar padanya.

"Tapi seriuslah kau nak kahwin dengan mamat Korea?"

"Iya."

"Hensem?"

"Erm... okeylah aku ngaku, dia hensem, dan comel." Jannah senyum sendiri. Wajah Jungkook yang baby face masih segar di ingatan.

"Jannah, kau jangan cepat terpengaruh dengan mamat Korea. Dia orang hensem sebab buat pembedahan plastik je."

"Kau ni tak baiklah, Sofia. Tak semua orang Korea plastik. Ada je yang lahir-lahir muka hensem, cantik. Macam bakal suami aku," sempat Jannah memuji bakal suaminya dalam diam.

"So kau jangan nak buat andaian sendiri, okey. Cek dulu betul ke tak. Bukan main tuduh orang tanpa bukti," sambung Jannah kedengaran tegas.

"Yela, sorry. Jannah, kau pergi sana sorang ke?"

"Haah, family aku tak boleh ikut. Dia orang ada hal masing-masing."

"Aku nak teman kaulah. Nanti kau tunggu aku datang sana tau."

"Eh, tak payah..."

"Shh! Berani eh kau lawan cakap kawan kau yang gojes ni. Aku tak kira, aku nak ikut kau juga. Tunggu aku tau! Dah, mak aku dah panggil, bye!"

Panggilan terus mati. Jannah pandang skrin telefonnya yang sudah gelap. Ish, Sofia ni. Degil betul.

Jannah pandang sekeliling mencari seseorang. Kepalanya ditoleh ke kanan. Terlihat seseorang sedang berjalan ke arahnya sambil tersenyum manis. Jannah bangun dari duduk melihat gerangan itu. Dahinya berkerut.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now