Suasana di kelas itu senyap serta merta bagai ada malaikat lalu. tahulah dia siapa yang lalu dihadapan kelas dia itu. Bahunya di cuit. Segera dia memandang rakan sebelahnya. Kemudian dia menoleh ke hadapan. Jelas terpampang wajah bengis cikgu Akhbar Ali. Mata cikgu itu memandang tepat ke arahnya. Kelu. Hanya itu yang mampu dia lakukan. Siapa yang tidak kenal dengan cikgu Akhbar Ali. Cikgu yang paling garang di sekolah itu. Namun, dia tidak seperti rakannya yang lain. Dia kenal dengan cikgu itu. Pak longnya. Sikap tegas pak longnya tidak sama sekali menurun ke dia. Hanya ada waktu yang sahaja akan dia ikut sikap pak longnya itu. Malangnya, tiada siapa yang mengetahui bahawa mereka merupakan saudara. Bukan dia merahsiakan tapi tidak ada yang menanyakan.
"Wayu. Jumpa saya di bilik guru." Tegas arahan cikgu Akhbar Ali. Mengeluh lagi. Kelas menjadi riuh rendah kembali setelah cikgu Akhbar Ali melangkah pergi. Irwayu Natisya melangkah lesu ke arah bilik guru. Apalah nasibnya kali ini? Setiap hari ada sahaja yang harus dia lakukan. Sudah dia dibebel kerana jarang masuk kelas. Semua itu hanya kerana dia menjalankan tugasnya sebagai ketua pelajar perempuan. Jadah apa jawatan yang dia sandang pun tak tahu.
"Again, right?" Irwayu Natisya hanya mengangguk. Dia tahu siapa disebelahnya. Sudah pasti ketua pelajar lelaki. Tidak lain tidak bukan saudara dia juga, Farhan. Nasib badanlah mereka. Mereka di didik dengan cikgu Akbar Ali dari kecil supaya menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas. Dia dan Farhan di lantik hanya kerana tiada siapa yang berani berdepan dengan cikgu-cikgu yang garang di sekolah itu. Mereka pula jenis baik dengan semua orang. Tidak kiralah cikgu itu garang ataupun tidak. Hormat tetap hormat. Itulah prinsip cikgu Akhbar Ali.
BERSAMBUNG,