Part 18

1 0 0
                                    

ISTIKHARAH KU,

"sedap baunya wahai adik ku Farhan. Farhan ni, Wayu kan dah cakap baju kotor letak dekat bakul bukan dicampak-campak. Yang Farhan dok feeling ni kenapa? Dah ada calon adik ipar untuk Wayu ke?" Farhan yang baru sahaja mahu minum air yang dibawa Irwayu Natisya tetiba tersedak dengan ayat terakhir Irwayu Natisya. Pandai dia meneka. Fattah sudah tersenyum melihat Farhan.

"memang pun dia dah ada calon adik ipar untuk Wayu. Cantik orangnya. Nama dia Aisyaj. Kawan kerja aku. Kebetulan tadi pagi aku keluar dengan dia. Tiba-tiba terserempak dengan adik kau ni ha. Tak berkelip mata dia tau." Laju sahaja Fattah menceritakan. Farhan sudah menghempuk Fattah. Habis rahsia dia terbongkar. Memanglah dia jatuh cinta dengan Aisyah tapi belum pula dia tahu perangai Aisyah macam mana. Irwayu Natisya sudah memandang dia dengan pandangan yang sukar dia tafsirkan.

"orangnya macam mana? Okey tak? Kalau okey minggu depan Wayu masuk meminang dia untuk Farhan. Tak adalah Farhan nak mengadap muka Wayu je. Cuba kau cerita dekat aku, Fattah. Aisyah tu macam mana orangnya." Hampir sahaja Farhan melopong dengan jawapan Irwayu Natisya. Dia menyangka dia akan dimarahi atau ditegur.

BERSAMBUNG,

Istikharah kuWhere stories live. Discover now