.
.
.
.
.
.
.
.
.
.TAJUK : HI, ENCIK PROFESSOR!
PENULIS : Angel_k20
INSTAGRAM: @_angel_k20
GENRE : THRILLER
BLURB / DESKRIPSI CERITA :
G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang diberi, agensi itu berjaya membongkarkan kes itu dengan jayanya.
Profesor Dr. Qarizh Zahwan, itu hanya gelarannya di siang hari. Apabila malam menjelma, si profesor sejuk beku itu akan bertukar karakter dan gelaran. Dia... The King.
"Hai Mr Sejuk Beku, nak kawan dengan awak boleh?" - Aralyn.
"Get lost!" - Qarizh.
Kerana satu kes pembunuhan tanpa tanda, Aralyn dan Qarizh terpaksa bersemuka walau dalam tak rela. Arahan dari Ketua Polis Negara, masing-masing perlu akur.
Si Aralyn Awliya gadis detektif cengeng dan Qarizh Zahwan si profesor sejuk beku, mampukah mereka berdua menyelesaikan kes misteri pembunuhan kejam tanpa jejak itu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TAJUK : JERUNG-JERUNGPENULIS : AqilaMustaqim
GENRE : Thriller
BLURB / DESKRIPSI CERITA :
Ini bukan kisah ikan.Dari cebisan sisa mangsa jerung yang terdampar di pantai Venezuela, sehingga kepada rahsia keluarga.
Mereka adalah jerung-jerung pemangsa yang punya hati kering di sebalik wajah yang kacak. Mereka dididik dan dilatih agar tidak punya rasa belas kasihan kepada musuh dan pengkhianat. Mereka hanya bekerja untuk jerung-jerung korporat yang mempertahankan harta duniawi demi wang ringgit dan kekayaan duniawi.Namun, satu demi satu jerung-jerung pemangsa pula terperangkap dalam jaring cinta yang sukar dimengerti.
Zuhal dan Iman bertemu di atas beting pemisah antara lautan dendam dan cinta. Adakah pertemuan ini mematikan langkahnya dan semua percaturan hidupnya?Haruskah dia korbankan cinta kerana dendam yang membara?
Bagaimana dengan hati mereka yang selama ini berdiri di sebelahnya, membantunya semasa susah, merawatnya ketika cedera? Adakah mereka tidak penting lagi demi melayan dendam yang membara?
Masih adakah ruang bagi jerung-jerung untuk kembali menjadi manusia yang punya hati, berhemah dan tawadduk? Atau terus kekal sebagai jerung yang angkuh?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
DE VOTE | CLOSE
RandomCover by : @theMawari 🌼 TUTUP SELAMA-LAMANYA 🌼 No tears in the writer, No tears in the reader. No surprise in the writer, No surprise in the reader. Buku ini dibuat kerana untuk membantu penulis di Wattpad untuk menambahkan 'vote' kepada cerita me...