p/s : aku tukar papa-mama to Abi-Ummi.
[Ahad] [25 October 2020]
[Sekolah di Terengganu]
Kenapa Terengganu kena sekolah hari Ahad? Kenapa bila hari Ahad kena sekolah? Dan mengapa apabila sekolah aku rasa malas nak pergi?
Untuk korang yang tidak tahu, negeri pantai Timur serta Johor cuti Jumaat dan Sabtu. Akan sekolah pada hari Ahad hingga Khamis.
Aku sebenarnya paling liat nak bangun time pagi, lagi-lagi waktu awal sekolah macam ni lah. Atau sebab yang sebenarnya, aku selalu tidur lewat.
Sumpah aku menyesal tidur lewat. Menyesal baca manhwa semalam. Menyesal tidur pukul tiga pagi. Menyesal tak tidur pukul sebelas sekali dengan Liyyan. Menyesal tak dengar cakap Ummi dengan Abi.
ARGH, NAK MENYESAL SEKARANG TAK ADA GUNA DAH!!!
Haaa, kan dah ngantuk dalam kelas! Sekarang baru pukul 9.20 pagi, and aku dah berpuluh kali asyik menguap. Pandanganku terhala pada luar tingkap, entah apa lah yang aku nak tengok sekarang ni. Syukur jap dapat duduk tepi tingkap masa atur tempat duduk. Nasib jadual baru, hari ini pakai baju sukan, tak payah gosok semalam.
What? Umi aku didik anak-anak dia berdikari okay! Jangan bergatung pada orang sangat.
"Mengantuk ke? Tidur kul wape malang? {Tidur pukul berapa semalam?}" Nadira yang duduk dihadapan aku pusing mengadap aku, menyoal apabila bosan melihat aku menguap.
Kaila Nadira. Gadis yang tegur aku dahulu masa aku first masuk kelas ni. While aku tengah awkward dengan kelas baru, dia yang tegur aku dulu untuk sesuaikan diri. This girl ni kind of pendiam juga actually. But dengan aku, dia hyper. Well, senang cerita dia ni salah seorang yang penting juga dalam hidup aku.
"Ngatuk ar. Kul tige ork wasenye aku tidur. {Mengantuk lah. Pukul tiga kot rasanya aku tidur.}" Aku buka sekejap mask yang aku pakai.
Why aku pakai mask? Sekarang musim covid-19 {Corona Virus Disease-19} tak habis lagi, PKPB {Perintah Kawasan Pergerakan Bersyarat} still berjalan. Semua mesti satu meter but manusiakan, mestilah selalu lupa dan kadang-kadang langgar je. Aku erm-- yes tergolong gak ehe. Kalau macam ni, entah bila covid-19 nak hilang?
"Mung wak nde? {Kau buat apa?}" Dia menyoal tanpa nada.
"Hehe, macam biasa. Main phone." Aku tersengih.
"Baik aku doksoh tanya tadi ork. Tahu doh jawapan nde. Hok tule je." Nadira mermutar bebola mata, faham akan rutin aku tiap-tiap hari yang mengadap phone.
"Kau baca ke semalam?" Suara lelaki menyoal aku. Aku memandang jejaka tersebut yang berada disebelah kanan aku satu meter.
"You know me well, bro." Aku tergelak kecil apabila dia menepuk dahi.
Jimmy Johnson, budak lelaki Christian yang sesat dalam sekolah ni. Seorang yang pendiam apabila first day aku kat sekolah ni. But last sekali, kami boleh jadi geng and he's tsundere, I'm not joking. Dia ni lah yang pengaruh aku dengan anime semula. Well, I can be anything, I mean I'm k-pop stan and I'm weeb. Also funjoshi too. Yang tahu benda ni senyap! Yang tak tahu, kekalkan innocent kau-orang! But Nadira isn't otaku.
So, info tambahan, sekolah ni adalah sekolah yang kedua bagi aku untuk tahun ni. Berpindah atas sebab peribadi atau sebab lainnya, aku tengah lari. Disebabkan sini adalah Terengganu, semua pelajar perempuan beragama Islam mesti memakai tudung di sekolah. Jadi, rambut merah aku selamat lah buat sementara. Ulang, buat sementara.
YOU ARE READING
Behind The Mission [Slow Update]
Teen FictionMula; 𝙷𝚊𝚛𝚒: ɪsɴɪɴ 𝚃𝚊𝚛𝚒𝚔𝚑: 10.08.2020 𝙼𝚊𝚜𝚊: 1200 ᴀᴍ Sebuah salam pengenalan yang dihulurkan membuatkan satu persahabatan mula terjalin. Daripada orang asing berubah kepada kawan lalu menjadi sahabat baik. Siapa sangka, walaupun permulaa...