Kriiiing!!!!Jam loceng Daniel berbunyi.Daniel lantas bangun lalu mematikannya.Dia berasa agak menyampah dengan bunyi yang dihasilkan oleh jam itu."Aduh ngantuknya"katanya.Matanya agak sembab dan kemerah-merahan akibat menangis sepanjang malam.Daniel mengalami kemurungan sejak pemergian ibu bapa kandungnya.Namun dia masih bersyukur kerana dia mempunyai seorang mak angkat yang menyayangi nya dengan tulus dan ikhlas iaitu Mak Limah yang juga merupakan sumber kekuatannya.
"Daniel,dah siap ke?"tanya Mak Limah."Dah mak,sekejap lagi Daniel turun"jawab Daniel.Selepas Daniel siap memakai baju sekolahnya dia terus pergi ke meja makan dan menjamah makanan yang telah disediakan."Daniel,mak nak Daniel bertabah ye,mak tahu anak mak ni kuat,jangan mudah putus asa ya nak"kata Mak Limah."Baiklah mak,Daniel ni memang kuat,Daniel kan anak mak,jangan risau lah,hehe"
jawabnya."Yelah yelah,dah habiskan makanan tu cepat,kang lambat pula"
kata Mak Limah sambil tersenyum mendengar pujian dari anaknya."Mak Daniel jalan dulu ye mak"kata Daniel."Hah yelah,hati hati jalan tu,tengok kiri kanan depan belakang kalau nak lintas jalan"bebel Mak Limah.Daniel hanya tersenyum mendengar bebelan maknya itu.Daniel hanya jalan kaki ke sekolah kerana tidak mahu menyusahkan Mak Limah,lagipun jarak sekolah dengan rumahnya sangatlah dekat.
Selepas 15 minit berjalan,Daniel akhirnya tiba di sekolahnya.Dia langsung pergi ke dewan untuk mendengar beberapa maklumat yang ingin disampaikan oleh pengawas. bertugas."Baiklah,itu saja maklumat yang ingin saya sampaikan,sekian"ujar pengawas tersebut.Semua murid pun beredar dari dewan untuk masuk ke kelas masing-masing.Ketika dalam perjalanan ,Daniel tanpa sengaja terlanggar seorang murid yang disegani dan popular tidak lain tidak bukan Adam."Woi babi lah,takde mata ke,sial kau jahanam,pagi pagi dah nak cari masalah ke,babi!!"Jerit Adam sambil merapikan bajunya."Ma ma maaf ba bang,saya tt tak se sengaja"jawab Daniel terketar-ketar."Oh budak ni rupanya,ehh ko ni memang siallah,nasib mood aku hari ni okay, aku nak kau jumpa aku dekat tandas lepas pulang,faham tak!!"Tengking Adam."Baiklah bang,saya janji saya akan jumpa abang nanti"jawab Daniel dengan nada perlahan.Adam terus meninggalkan Daniel dengan reaksi coolnya.
"Weh tadi aku nampak kau dengan Adam,ada apa??"tanya Ikmal rakan baik Daniel."Aku terlanggar dia secara tak sengaja"jawab Daniel."Dia ada buat apa-apa kat kau ke tumbuk ke apa ke?"soal Ikmal dengan nada yang seakan-akan risau."Takdelah,dia cuma cakap yang dia nak jumpa aku lepas pulang nanti"jawab Daniel."Habistu kau nak pegi jugak?"
tanya Ikmal."Of course lah,lagipun aku masih rasa bersalah,aku anggap jelah dia nak aku minta maaf sekali lagi"jawab Daniel."Whatever,suka hati kaulah,aku bukan apa,takut nanti dia buat apa apa kat kau"ujar Ikmal sambil tersenyum sinis."Ehh,kau ni"jawab Daniel ringkas.Kriiing!!!Bunyi loceng menunjukkan waktu pulang telah tiba."Weh Daniel aku balik dulu eh,apa apa call,hati hati"Pesan Ikmal ."Hmmm,tahu,jumpa esok bye''jawab Daniel.Ikmal meninggalkan Daniel.Daniel berasa takut dan gelisah untuk berjumpa dengan Adam.Daniel sudah pasrah menjadi mangsa buli Adam.Daniel telahpun berada di dalam tandas.Tiba-tiba tangannya dia ditarik oleh seseorang........
*Nantikan next chapter yerrr!!
YOU ARE READING
Aku Cinta Dia
RomanceMengisahkan tentang seorang pelajar lelaki yang telah mengalami pelbagai masalah berat yang menyebabkan dia kemurungan.Juga merupakan mangsa buli yang tabah menghadapi cabaran hidupnya itu. *Maaf kalau ada kesalahan tatabahasa.Author tak arif sangat...