- 𝓘 𝓶𝓲𝓼𝓼𝓮𝓭 𝔂𝓸𝓾 -
Seorang gadis yang kemas berpakaian uniform sekolah menapak turun ke dapur setelah bersiap untuk ke sekolah.
Meja makan yang terletak di dapur menjadi hala tujunya ketika itu untuk mengisi perut.
Setiba di dapur, kelihatan Puan Irma sedang sibuk menuang kopi ke dalam cawan manakala Encik Riezal sedang menikmati nasi goreng.
Gadis itu tanpa berlengah melabuhkan punggung di meja makan.
"Morning mama, papa. " sapa gadis itu.
" Morning Yara. " balas Puan Irma.
Encik Riezal pula hanya tersenyum.
Yara Aisya.
Gadis muda yang cantik rupa paras dan cerdik mewarisi personaliti itu daripada kedua mama dan papanya.
Bukan itu sahaja , dia juga seorang yang lemah lembut dan sopan. Oleh itu, semua orang di sekeliling sangat menyenangi Yara.
Tidak hairanlah jika Yara mempunyai ramai kawan.
Yara mengambil sekeping roti dan menyapu sedikit nutella ke atasnya untuk mengalas perut.
" Yara tak makan nasi ke?" tanya Encik Riezal.
" Hari ni Yara diet la papa. " kata Yara lalu tersengih.
" Ada ada je la kamu ni. "
Yara ketawa kecil. Dia terus menikmati makanannya.
" Hari ni Yara pergi dengan papa atau pergi dengan Bella?" tanya Puan Irma.
" Pergi dengan papa lah.. Bella kata dia pergi sekolah lambat hari ni. "
Puan Irma mengangguk.
" Kalau macam tu papa tunggu dekat depan. " Encik Riezal beredar setelah selesai makan.
Yara cepat cepat menghabiskan suapan terakhirnya. Air milo diteguk sehingga habis.
" Yara pergi dulu ye mama. "
Yara bersalaman dengan Puan Irma sebelum keluar daripada rumah.
" Belajar elok elok ye sayang ! "
" Baik ma. "
Yara masuk ke dalam perut kereta milik Encik Riezal. Kereta tersebut bergerak menuju ke sekolah.
💞💞
Royal High School
Kereta Honda milik Encik Riezal berhenti di hadapan sekolah. Kawasan sekolah itu agak sibuk dengan pelajar pelajar yang berpusu pusu masuk ke dalam.
Yara menanggalkan tali pinggang keledar. Wajah Encik Riezal dipandangnya.
"Yara pergi dulu ye papa. "
Tangan si ayah di salam dan dicium sebelum dia keluar daripada perut kereta.
Yara melambai apabila kereta Encik Riezal mula bergerak meninggalkannya.
YOU ARE READING
𝓞𝓾𝓻 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂
RomancePulangnya Zayden ke sekolah lamanya membawa kekecohan. Manakan tidak , badboy sekolah sudah kembali. Pertemuan dia dan si gadis mengimbau kenangan lama yang menyentap jiwa. Perasaan rindu yang telah lama dipendam menyebabkan Zayden mengambil satu k...