T.Muichirou X Reader

126 12 0
                                    

Scared reader?macam mana tu...haa miko nak cakap yang kali ni korang bukan salah sorang dari demon slayer corp tapi...Erm baca je lah.
===========

Langit malam sungguh menenangkan pada malam ini.Bulan purnama bersinar terang.Bintang-bintang dilangit berkelipan di langit gelap yang makin menyerikan langit malam yang dalam kegelapan.

(y/n) berlari ke dalam hutan dalam keadaan kaki yang tercerdera teruk.Nafasnya tidak teratur.Kimononya dibahagian kaki sudahpun penuh dengan cecair merah yang hanyir.Dia tidak menghiraukan kecederaan tersebut.Semakin lama,larian (y/n) semakin perlahan.Dia mengambil keputusan untuk berehat dibawah sebatang pokok.

Dia duduk dibawah sebatang pokok.Air matanya berguguran mengenangkan peristiwa yang baru menimpa pada dirinya lima belas minit yang lepas.Keluarganya meninggal dunia akibat diserang demon.Hanya dia sahaja terselamat daripada menjadi mangsa supernatural tersebut.Semakin lama,dia menangis teresak-esak.

Dia menutup mukanya menggunakan kedua telapak tangannya.Kini,dia berseorangan di hutan di waktu malam.Tiada sesiapa yang menemaninya.Bulan dan bintang menjadi saksi tangisan (y/n).Mengapa,perkara malang selalu terjadi padaku?Adakah aku pembawa malang?

'Kau okay'?

(y/n) berhenti menangis.Dia mendongak untuk melihat orang yang menyapanya.Air matanya mula berhenti mengalir.Dia melihat susuk manusia berambut panjang dan di hujung rambutnya mempunyai warna mint.Begitu juga warna matanya.

(y/n) hanya memilih untuk tidak menjawab soalan tersebut.Dia berasa sungguh takut untuk menghadapi susuk manusia tersebut.Dia tidak pasti adakah di hadapannya seorang manusia mahupun demon."Aku manusia".Kata susuk manusia tersebut.Berdasarkan suaranya,dia seorang lelaki."Jom ikut aku pergi butterfly mansion,kau boleh duduk dekat situ dan rawat kaki kau tu.Orang yang rawat dan jaga kau tu perempuan,jadi kau jangan risau sangat sebab yang duduk butterfly mansion
ni semua perempuan".Kata lelaki tersebut.

(y/n) hanya mengangguk sambil tersenyum.Dia bingkas bangun.Mereka mula berjalan."Nama kau apa"?Soal lelaki tersebut."(y/n)(l/y)".Kata (y/n)."Ouh,nama aku Tokitou Muichirou".Kata lelaki tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Muichiro.(y/n) hanya mendiamkan diri."Nampaknya kau trauma".Kata Muichiro.

(y/n) tersentap mendengar perkataan yang terkeluar dari mulut Muichiro.Memang benar apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut.Kakinya yang tercedera tidak terasa sakitnya.

Butterfly Mansion~

Samar-samar cahaya matahari dari tingkap bilik (y/n) membuatkan dia tersedar dari dibuai mimpi.Dia duduk dibirai katil.Tombol pintu biliknya dibuka seseorang.Disebabkan hal itu,(y/n) tersentak dengan kehadiran seseorang.Seorang gadis bertoncang ekor kuda dengan menghiaskan rambutnya dengan rama-rama berwarna merah jambu memasuki biliknya.

"Ohayou (y/n)".Kata gadis tersebut dengan tercalit senyuman manis untuk (y/n).Itu semestinya Tsuyuri Kanao.Adik angkat kepada Kochou Shinobu."Ohayou Tsuyuri-san".Kata (y/n) masih lagi tersentap."Erm (y/n),Shinobu-san memberi kimono ini kepada kamu.Dia juga menyuruh kamu mengganti kimono kamu".Kata Kanao sambil memberikan kimono kepada (y/n).

"Arigatou Tsuyuri-san,kimono ni cantik sangat".Kata (y/n) dengan senyuman manis seperti gula."Oh ya,selepas sarapan,Tokito-kun nak jumpa dengan awak".Kata Kanao hampir lupa."Oh ya ke,dimana"?Soal (y/n)."Dia kata mahu melawat awak lepas waktu sarapan.Nanti lepas tukar kimono tu nanti Aoi bawakan makanan untuk awak sebab kecederaan awak".Kata Kanao.

"'Baik Tsuyuri-san".Kata (y/n) gembira."Ingat,jangan banyak berjalan".Kata Kanao lalu keluar dari bilik (y/n) dan menutup pintu."Kejap,tadi Tsuyuri-san ada cakap pasal Aoi kan,siapa Aoi"?Soal (y/n) sendiri."Daripada aku berfikir,baik aku tukar kimono ni".Kata (y/n) seorang diri.Sepuluh minit selepas (y/n) menukar kimono,pintu bilik (y/n) diketuk dari luar."(y/n) boeh saya masuk"?Soal seorang gadis.

Eh,tu mesti Aoi."Masukklah".Kata (y/n).Tombol pintu dipulas.Seorang gadis bertoncang dua mempunyai dua hiasan rama-rama sambil membawa mangkuk yang berisi makanan memasuki bilik (y/n)."Saya Aoi.Kanao ada cakapkan yang saya ada bawakan awak sarapan.Ni sarapan awak,makan ya jangan paksa perut tu".Kata Aoi sambil memberi mangkuk tersebut."Arigatou Aoi,buat penat awak je hantarkan sarapan ni dibilik saya".Kata (y/n).

"Itu dah memang tugas saya".Kata Aoi sambil melakarkan senyuman manis."Saya pergi dulu ya".Kata Aoi lalu keluar dari bilik (y/n).(y/n) membuka penutup mangkuk tersebut.Dia makan dengan rakusnya kerana tenaganya banyak digunakan malam tadi.Apabila makanan didalam mangkuk tersebut hampir habis,seseorang mengetuk pintu bilik (y/n).

:Woi (y/n),ni aku Muichirou,boleh aku masuk"?Soal Muichirou."Masuklah".Kata (y/n).Tombol pintu dipulas dari luar dan Muichirou masuk ke bilik (y/n).Kata nak datang lepas sarapan.Kacau je."Ni aku ada bawakan buah untuk kau,nanti kau makanlah biar kaki kau cepat baik".Kata Muichirou lalu meletakkan buah di atas meja yang berada disebelah katil (y/n).

"Eh,arigatou Tokitou-san.Awak dah banyak tolong saya".Kata (y/n)."Benda kecil je.Kau okay tak ni?Cukup rehat"?Soal Muichirou prihatin."Saya okay,saya cukup tidur cuma...".Kata-kata (y/n) terhenti.Sebak bila mengenangkan perkara yang berlaku pada malam tadi."Aku faham perasaan kau".Kata Muichirou.Kata-kata Muichirou membuatkan hati (y/n) sedikit tenang.

============

Setiap hari,Muichirou pasti akan datang melawat (y/n).Beberapa bulan kemudian,kaki (y/n) sudah pulih sepenuhnya."Kaki awak dah baik".Kata Shinobu sambil melakarkan senyuman manis untuk (y/n)."Be...betul ke ni"?Soal (y/n) tidak percaya."Ya,awak dah boleh berjalan atau berlari".Kata Shinobu masih lagi dengan senyuman manisnya."Tapikan (y/n),awak ada perasaan dengan Tokitou-kun ke"?Soal Shinobu.

"Ma...mana ada,saya dengan Tokitou-san cuma kawan je".Kata (y/n)."Habis tu kenapa Tokitou-kun setiap hari datang melawat awak"?Soal Shinobu dengan senyuman sinisnya."Mana saya tahu".Kata (y/n).Tiba-tiba,ada suara lelaki yang mencelah perbualan mereka."Boleh saya masuk"?Soal lelaki tersebut.Lelaki itu semestinya tidak lain dan tidak bukan ialah Tokitou Muichirou."Oh Tokitou-kun,masuklah.(y/n),saya nak keluar ya".Kata Shinobu lalu meninggalkan (y/n) dan Muichirou di dalam bilik.

"Kaki kau dah okay (y/n)"?Soal Muichirou."Kochou-san cakap,kaki saya dah baik sepenuhnya".Kata (y/n) gembira."Jom ikut aku pergi dekat bawah pokok sakura dekat sana tu".Kata Muichirou."Nak buat apa pergi bawah pokok sakura tu"?Soal (y/n) hairan."Ikut je lah".Kata Muichirou.

Di bawah pokok sakura~

"(y/n),kau rasa selama ni ada orang suka kau tak"?Soal Muichirou."Siapa je nak suka saya,kucing pun tak ingin nak tengok muka saya".Kata (y/n)."(y/n),selama ni saya suka awak sejak bertemu di dalam hutan lagi.Saya datang melawat awak sebab saya risau kalau ada benda berlaku pada awak.Saya iklas cintakan awak".Kata Muichirou.

(y/n) menekup mulutnya.Dia tidak sangka ada orang yang risaukan keadaannya dan mencintainya.Tanpa mereka sedari,ada tiga pasang mata memerhatikan mereka."Wah,tak sangka selama ni Tokitou-kun suka dengan (y/n)".Kata Shinobu bangga."Iyalah,betul sangkaan saya yang sebenarnya Tokitou-kun memang jatuh cinta pada (y/n)".Kata Aoi."Saya harap hubungan mereka baik-baik saja".Kata Kanao.

=======

Gomen sekali lagi ya sebab minggu lepas tak update dan ada typo sebab screen phone saya ada problem.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kimetsu no Yaiba X ReaderWhere stories live. Discover now