II

6 0 0
                                    

Life is a journey to be experienced,
not a problem to be solved.
- Winnie the Pooh -

| Peter Pan

| Peter Pan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ཧᜰ꙰ꦿ

Cecair jernih yang tak henti-henti mengalir keluar daripada tubir mata aku kesat buat kesekian kali. Kedua lutut yang dipeluk erat aku rapatkan lagi. Bahu aku masih lagi belum lenguh terhinjut-hinjut hasil dada yang tersedu-sedan sedari tadi.

Kelopak mata aku pejam rapat. Bibir bawah digigit kecil, masih lagi cuba menahan tangis walaupun cecair jernih yang tumpah sudah bagaikan sungai yang deras airnya mengalir. Kedua tangan aku yang erat memeluk lutut mulai berketar dek suhu persekitaran yang semakin dingin, menandakan bahawa malam semakin tua. Hanya cahaya bulan purnama yang sudi menemani aku yang masih lagi duduk bersandar pada kerusi ini.

Lama? Ya.

Tapi percayalah, tatkala kau mula melayan perasaan, lama tu bagaikan tiada makna. Perintah mak aku turut; tak turun makan tengah hari selagi latihan Biologi tak siap. Bahkan aku tak turun untuk menjamah makan malam. Mungkin esok pagi juga aku tak sarapan. Siapa kisah? Aku tak lapar. Buku itu masih belum disentuh, maka selagi itu berkurunglah aku di dalam tempat ini.

Penjara.

Warna yang dikesan retina mata aku hanyalah putih dan hitam. Terasa bagaikan menghidap monokrom pun ada. Langsung tiada aura keceriaan. Aura apa ni? Kosong? Wujudkah aura berangka kosong?

Entahlah, aku-

Aku...

Nafas dihela panjang. Buat pertama kalinya, aku tiada ilham untuk menjawab persoalan sebegini.

Terasa diri semakin lucut ke bawah, aku kembali mengesot ke belakang serta menegakkan badan. Lenguh juga duduk sini lama-lama, namun hati aku sedikit pun tidak terdetik untuk beredar.

Kadang kala aku menyoal diri. Di manakah silap aku? Hanya kerana aku seorang dara berusia 16 tahun, apakah ia bermakna aku tak layak menanam minat akan Disney yang dikatakan rekaan karut untuk kanak-kanak? Ya, memang ia rekaan. Tapi aku tak pernah anggap ia mengarut. Sebaliknya, ia banyak memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk terus memandang ke hadapan dan perbaiki diri agar menjadi yang lebih baik.

Dari situ jugalah, aku berjaya sampai sekarang. Aku bersemangat untuk terus belajar sampai sekarang, atas jasa Walt Disney sebab sudi mencipta seekor tikus comel yang mempunyai pelbagai ragam.

Bila direnung balik masa silam, zaman aku masih lagi seorang kanak-kanak perempuan biasa, alangkah indahnya waktu tu, tiada gangguan. Aku bebas meminati apa saja yang aku mahu. Sekarang?

Jam loceng yang terletak di atas meja kecil di sebelah kanan katil aku kerling. Sudah jam 8.59 malam, namun aku masih lagi tiada keinginan untuk melelapkan mata. Tak bolehkah kalau aku berjaga sepanjang malam dan tak ke sekolah esok?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Permaisuri DisneyWhere stories live. Discover now