Ada apa dengan cinta?

72 4 2
                                    

Kata pujangga,

Cinta itu buta,

Mampu menghilangkan kewarasan akal manusia,

Benar,

Cinta hadir dari hati,

Namun,

Apalah ertinya cinta,

Jikalau hanya membuang masa,

Apalah makna cinta,

Jika membuang kawan yang sedia ada,

Jika benar itu cinta,

Jauhkan saja dari hati,

Hilangkan dari mimpi,

Biarkan diri sepi,

Agar tidak akan menyakiti

Sedih dan pilu,

Melihat makna cinta kini,

Jauh dari ajaran agama,

Merosakkan indahnya cinta,

Yang diajar  Allah dan disampaikan rasul-Nya,

Kemana hilang janji dan sumpah setia?,

Menjadi hamba yang esa.

Kenapa kini tinggal kata-kata,

Kerana mengejar ‘manisnya cinta’?

Sungguh dunia ini fana,

Sungguh jalan ke syurga tidak mudah,

Dan,sungguh jalan ke neraka sangat mengasyikkan

Semoga Allah,

Memberikan petunjukNya yang indah,

Tentang erti sebenar sebuah cinta hakiki,

Iaitu cinta yang lahir dari hati,

Buat Rasul dan Ilahi.

Puisi hatiWhere stories live. Discover now