Aq menulis bukan kerana tagihkan simpati tapi sekadar mengisi kekosongan di hati ini. Bahagia? aq percaya semua ingin merasa bahagia tapi bagaimana? adakah dengan mempunyai harta yang banyak atau pangkat dan darjat yang tinggi?
bahagia setiap seorang itu berbeza, mungkin rasa bahagia apabila dapat menggunakan masa yang ada untuk melancong bersama keluarga. Mungkin juga rasa bahagia bila dikelilingi teman-teman yang selalu ada di saat susah dan senang kita. Ada juga yang merasa bahagia apabila mempunyai kekasih hati yang cantik/kacak dan ikhlas dalam mencintai kita.
Jika ini yang dimaksudkan dengan bahagia,kenapa masih ada yang merasa kosong jiwanya. Mereka merasakan dunia gelap tanpa warna. Mereka masih mencari apa itu bahagia sedangkan mereka telah pun mempunyai segalanya. percayalah, bahagia itu sebenarnya mudah. Bahagia akan datang apabila kita mula bersyukur dengan apa yang kita ada.
Belajar lah untuk selalu bersyukur, kerana dengan bersyukur hati akan lebih tenang. Apabila hati tenang, hati akan bahagia. Insyaallah
Antara tips lain untuk merasa bahagia ialah: 1. Jangan pernah mempunyai sifat dengki atau iri sesama manusia. 2. Jangan pernah membandingkan diri sendiri dengan orang lain. 3. Pilih untuk memaafkan sesiapa sahaja yang menyakiti kita. 4. Percaya pada diri sendiri 5. Pemakanan yang sihat 6. Tidur yang mencukupi 7. Pemikiran yang Positif
sekian sahaja bebelan untuk harini, Terima kasih <3