Agama Islam

7 0 0
                                    

Agama Islam adalah Agama yang mentauhidkan Allah yang satu. Agama Islam hanya menyembah Allah, Tuhan yang satu. Perkataan Islam mula diperkenalkan pada zaman Nabi Allah Ibrahim pada tahun 1800 sebelum masihi. Kemudiannya disampai secara lengkap oleh baginda Rasulullah saw.

Islam (diterjemah dalam beberapa bahasa) bermaksud : suci, asli, tulen, saheh dan selamat. Syarat wajib sebagai Muslim (Islam) dengan melafazkan syahadah. Apa itu syahadah?

Syahadah

Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya.

Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.

1.Teks bahasa Arab:

لا إله إلا الله محمد رسول الله

2. Teks Bahasa Rumi :

Lā ilāha illaLlāhu Mu'ammadun rasūluLlāh.

Bermaksud :"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya"

Pengucapan syahādah secara jujur, dalam Bahasa Arab, di hadapan dua orang saksi Muslim, adalah cukup untuk seorang menjadi seorang Islam menurut kebanyakan sekolah-sekolah tradisional.Biasanya frasa أشهد أن 'ašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua Syahadah.

Syarat Sah Syahadah
Bagi seseorang yang bukan Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam. Syarat bagi sahnya syahadah adalah:

Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
Mamahami makna kedua-duanya.
Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.
Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.

Seperti mana cara hidup yang di amalkan oleh baginda Rasulullah saw.

Siapa baginda Rasulullah

Islam itu lengkap

Islam bukanlah rekaan manusia. Ia bukanlah terbatas untuk sesuatu generasi atau untuk sesuatu golongan manusia atau untuk sesuatu masa dan tempat sahaja sepertimana agama sebalumnya.

Syari'at Islam lengkap dalam semua aspek kehidupan manusia. Ini berdasarkan Firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَيَوۡمَ نَبۡعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٖ شَهِيدًا عَلَيۡهِم مِّنۡ أَنفُسِهِمۡۖ وَجِئۡنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَىٰ هَٰٓؤُلَآءِۚ وَنَزَّلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ تِبۡيَٰنٗا لِّكُلِّ شَيۡءٖ وَهُدٗى وَرَحۡمَةٗ وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُسۡلِمِينَ ٨٩
(Dan ingatlah) akan hari (ketika) kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia, dan kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. (Surah an-Nahl : 89).

مَّا فَرَّطۡنَا فِي ٱلۡكِتَٰبِ مِن شَيۡءٖۚ
Kami tidak tinggalkan sesuatu juapun dalam al-Quran. (Surah al-An'am : 38)

Islam mesti difahami sebagai satu manhaj atau sistem hidup yang lengkap dalam semua aspek kehidupan manusia, sambung menyambung antara satu bahagian dengan satu bahagian yang lain. Oleh itu setiap percubaan untuk memecahkan bahagian-bahagiannya akan membawa kerosakan kepada Islam.

Islam bolehlah diumpamakan seperti tubuh badan manusia yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Tangan bersendirian yang terpisah daripada badan tidak dapat melaksanakan tugas-tugasnya. Juga ia tidak dapat melaksanakan tugas-tugasnya sekiranya dipasang pada tubuh badan lain. Begitu juga dengan syari'at Islam sebagai pengatur hidup masyarakat manusia. Islam mesti dipandang secara keseluruhannya dan tidak boleh dipandang kepada bahagian-bahagian tertentu secara secara berasingan.

Berdasarkan kepada pengertian di atas, perlaksanaan Islam dalam semua cabang kehidupan manusia hendaklah menyeluruh dan lengkap.

Mereka yang mengambil Allah Subhanahuwata'ala sebagai Ilah dan Rabb tidak mempunyai pilihan lain melainkan mesti mengambil Islam yang meliputi semua bidang kehidupan manusia.

Agama lain, seperti Kristian tidak terdapat di dalamnya undang-undang atau peraturan-peraturan bagi mengatur hubungan manusia dengan manusia, hubungan satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain dan seterusnya hubungan satu pemerintahan dengan satu pemerintahan yang lain




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 14, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kasih di Al-Aqsa (Abu Ghaza) Where stories live. Discover now