Bab 1

2K 67 0
                                    

Lorong kecil bersebelahan makmal sains itu terus diredah. Mengejar manusia yang semakin benci dan marah dengannya. Lagi kuat namanya diseru, lagi bertambah laju budak lelaki itu mengatur langkah.

Jangan panggil nama akulah! Hati kecil lelaki itu masih cuba bersabar. Ikutkan darah mudanya, nak sangat ditampar wajah mulus itu. Hilani pantas berlari menyaingi langkah lebar Erhan. Huh, dapat pun. Dia tercungap-cungap menahan nafas yang mula naik turun. Ternyata tenaganya tak boleh lawan ketangkasan budak ragbi itu.

"Weh... Sorry ah... Kita ikhlas minta maaf ni!" Hilani cuba berbuat baik dengan Erhan walaupun tahu lelaki berwajah ketat itu memang tak ampunkan dia sampai bila-bila. Hilani sedar, dia dah buat kesilapan terbesar dalam hidup dia. Tapi kan bak kata Tok Pah, manusia takkan lari daripada melakukan kesilapan. Jadi mengikut logik akalnya, dia kan masih budak bawah umur. Manusia akan mencapai tempoh kematangan mereka apabila mula belajar daripada kesilapan. Itulah pengalaman yang paling berharga!

Hilani cuba tersenyum walaupun keberanian dia sendiri sudah mula goyah apabila Erhan memberhentikan langkah serta-merta. Muka itu tetap ketat dan payah nak membalas senyuman.

Why? Agaknya lelaki itu memang dilahirkan tanpa urat-urat senyum dan mempunyai sekeping hati yang sejuk dan keras seperti batu zirconium carbide! Batu yang berwarna abu metalik yang sangat terkenal dengan sifatnya yang tahan lasak dan keras. Samalah seperti mamat di hadapannya sekarang. Hilani telan liur berkali-kali mengumpul kekuatan.

"Janganlah marah sangat... Kan dah mintak maaf." Hilani cuba nasib lagi cuma kali ini suaranya kedengaran lembut menyantuni budak lelaki itu. Erhan mengetap bibir kuat. Tangan di paha digenggam erat, ringan sangat nak tumbuk muka tembok tu. Dapat peluang sekali pun jadilah!

Hilani melangkah merapati diri Erhan. Tanpa sedar, senyuman manis tersungging di bibirnya apabila wajah mulusnya terlindung dek pancaran matahari kerana tubuh Erhan melindunginya secara tak sengaja. Sayangnya, senyuman manis itu hanya dibalas jelingan maut!

Ah, apa salahnya tolong gadis yang dalam kesusahan? Berkira sangat budak dark metalik ni. Hilani leka memerhati susuk tubuh yang tinggi, kurus dan botak. Sekali pandang memang tiada sangat gaya seorang pemain ragbi sekolah yang hebat tapi nama lelaki itu sering disebut sebagai atlet terbaik dalam daerah. Dia tangkas berlari dan gemar menghabiskan masa di padang rumput hijau. Ah, Hilani tak kesahlah dia tu siapa, yang penting sekarang takdir telah mengikat mereka dalam situasi yang salah! Dari belakang bolehlah bagi dua bintang, tapi kalau tengok depan-depan, memang tak ada bintang satu pun melekat. Manusia yang kedekut dengan senyuman!

"Hang boleh pi mampus. Satu lagi, jangan kaitkan aku dengan masalah hang. Faham?!" jerkahnya kuat. Hatinya masih bengang dengan perangai budak perempuan bermata sepet itu. Sungguh tak sangka rupa-rupanya Hilani yang cantik manis itu mempunyai penyakit keturunan! Dia memang ada bakat jadi gila! Kenapalah takdir menemukan mereka dalam keadaan macam tu?

Erhan menggenggam penumbuk. Sepatutnya dia layangkan saja sedas dua ke muka sendiri sebab bodoh sangat kena game hidup-hidup dengan budak perempuan tak cukup darah tu.

"Amboi mulut, benda kecik aje kut. Relakslah." Jawapan Hilani membuatkan budak lelaki tadi tergumam.Adakah kejadian tadi perkara biasa bagi dia?

No! Girlfriend pun dia tak pernah ada. Bukan dia tak teringin tapi dia sedar, dia bukan kacak teruk macam kawan-kawan lain. Rambut pun hampir rapat dengan kulit kepala. Sekali pandang dah macam mesin kukur nyiok! Kulit pun taklah cerah mana. Kalau usyar perempuan pun, balik-balik jelingan maut yang dia dapat. Kalau satu pun payah nak dapat, jadi logiknya, macam mana dia tiba-tiba diangkat status sebagai kekasih hati budak gedik itu? Nonsense.

Jadi apa ke jadahnya dia nak bercinta dengan gadis opera Cina mata sepet ni? Beza kulit pun dah macam tahi cicak! Susah sangat ke cikgu-cikgu nak faham? Bukalah mata tengok kebenaran! Gelaran yang disandang sebagai pemain ragbi sekolah bukan tiket untuk dia susun gadis-gadis comel untuk dibuat koleksi. Shit! Cannot brainlah kenapa dalam dunia pada hari ini masih ada manusia yang jahat dan hati busuk macam Hilani.

"Kecik hang cakap? Aku rasa nak tumbuk muka hang. Blah!" Erhan menunjukkan penumbuk hampir ke muka Hilani. Saat ini dia takkan tertipu lagi dengan perangai menipu haram jadah si dia. Weh perempuan, dengan cikgu bolehlah hang melalak sedih bagai. Tunggulah kebenaran akan terbuka juga suatu hari nanti. Dunia ini bulatlah... Bulat! Erhan harap sangat saat itu akan tiba, biar padan muka Hilani tertiarap dagu bila karma datang menuntut!

Perlahan-lahan Erhan menurunkan tangan dan menyeluk kocek seluar. Kalau menafikan sebanyak mana pun, dia tetap nampak salah juga. Hilani satu jenis manusia yang mempunyai wajah comel dan lemah lembut walhal perangai setan! Hah, jangan ingat semua perempuan ayu, comel dan baik-baik belaka. Ni ada seekor serupa perangai setan yang berjaya memporak-perandakan hidupnya dalam sekelip mata.

Sah-sahlah dia yang muka pecah rumah ini lagi sesuai bawa watak jahat. Phuiii, ini bukan masa nak tegakkan benang yang basah. Pusing celah mana pun, dia tak nampak jalan keluar. Hidupnya sudah tersangkut dengan si licik itu. Namanya pun sudah busuk!

"Kita bukan sengaja pun. Hari tu terlepas cakap sebab kita takut dengan cikgu." Hilani tayang wajah comel. Ngek! Riak wajah itulah yang banyak menipu di dalam bilik disiplin tadi. Mungkin sebab muka budak perempuan ini nampak penuh kelembutan dan baik berbanding dirinya yang memang bermuka ketat!

Erhan meraup wajah berkali-kali. Kalaulah berpeluang, nak sangat dia hempuk Hilani di dinding. Paling kurang pun, nak sangat dia patahkan jari-jari gadis itu yang ligat menyeka air mata tadi. Kaki temberang betul. Agaknya kalau dia yang melalak dalam bilik disiplin tadi, mesti teruk kena sekeh dengan Cikgu Kamran! Aiseh, mana ada budak jantan kaki menangis!

"Dengan Tuhan hang tak takut pula. Bodoh!" Erhan menolak kuat dahi gadis itu. Sikit lagi Hilani nak terjatuh apabila kakinya hampir masuk ke longkang.Hilani cepat-cepat menggagau tempat untuk berpaut bila sedari tubuhnya hilang pertimbangan. Terbuntang mata Erhan melihat tangan Hilani mendarat di bahunya. Sikit punya kuat tangannya mencengkam bahu budak lelaki itu. Mujur sempat berpaut! Mak aiii, nampaknya Hilani memang cari nahas lagi. Tak cukup lagilah apa yang dia fitnah dulu. Ceh!

Laju tangan itu menolak wajah Hilani dengan kasar. Tapak tangan yang lebar itu penuh menutup ruang wajah Hilani. Dua tiga kali Erhan menolak-nolak wajah itu sambil memaki hamun. Kemudian tangan Erhan diangkat tepat ke wajah Hilani memberi amaran keras.

"Jangan cari pasal dengan aku. Sakit hang nanti aku kerjakan!" Erhan mendengus geram. Sumpah, saat ini hatinya bagai ingin melakukan sesuatu yang lebih dahsyat, tetapi memandangkan mereka di kawasan sekolah, dia masih cuba bersabar. Kalau tidak fikirkan tentang umi, mesti dah lunyai dia hentam Hilani.

Erhan melangkah pergi dengan hati yang sebal. Kenapa hari ini terjadi dua perkara yang mengecewakan dirinya? Kunci motor diraba di dalam poket seluar. Seminit pun dia tak sanggup nak duduk lagi di sekolah. Kepalanya semakin berat memikirkan masalah yang baru terjadi tadi.

Kalau cikgu telefon umi nanti, apalah dia nak jawab?! Apa alasan yang boleh buat umi percayakan dia? Hubungan dia dan umi pun dah bagaikan telur di hujung tanduk. Pantang silap sikit, mereka terus bertekak. Erhan mengurut belakang tengkuknya yang tegang.

Sial hang, budak! getus hatinya. Minyak dipulas untuk menambah kelajuan. Ke mana patut dia bawa hati untuk bertenang? Ah, bukan dia tak biasa ponteng sekolah. Telinga dah kalis dengan leteran umi. Kebelakangan ini, hubungan dia dengan umi makin renggang.

Umi selalu kata dirinya sukar untuk didekati, tapi umi pun tak pernah nak ambil tahu apa yang terbuku dalam hatinya. Perit sungguh rasa bila hidup tanpa seorang ayah dan tiada adik-beradik. Sunyi!

Siapalah yang sudi mendengar rintihan hatinya melainkan dua manusia merangkap kawan baiknya yang sengal itu? Bila teringat tentang dua makhluk itu, mana mereka pergi? Sejak tadi langsung tak nampak batang hidup pesek mereka.

Bukan Dark MetalikWhere stories live. Discover now