bab 4

93 0 1
                                    

Jaha merenung benda yang di letak diatas mejanya. Semua pelajar perempuan dikelasnya,kini sedang berbisik-bisik memandangnya dan benda di atas meja itu. Mungkin,tak percaya dan Jaha pun memang sangat-sangat tak percaya sekarang juga.

''siapa yang letak benda 'alah' ni kat atas meja saya?!!!''

Melenting suara Jaha. Buat semua pelajar yang berbisik tadi terus ketakutan. Risau mereka pula tempat Jaha lepaskan marah. Bukan boleh diduga tindakan tak panjang akal lelaki itu. orang yang tak salah pun turut kena tempias nya kadang-kadang. Urmm...rasanya bukan kadang-kadang tapi selalu!.

''Amir...!''

Amir yang duduk dimeja sebelahnya yang turut sekepala nakalnya dengan Jaha tapi taklah seteruk Jaha,memandang Jaha. Video game yang dibawanya ke sekolah curi-curi,sebab disekolahkan mana boleh bawa video game,diletak dipoketnya.

''apasal?''

Soalnya hairan. Tidak perasaan pula Jaha sedang marah. Itulah terlalu dengan gamenya kan tadi...

''kau tahu tak siapa yang letak benda jahanam ni?!''

Bukan main pedas lagi gelaran yang Jaha beri pada hadiah yang dibalut dengan pembalut kertas bercorak hati dan tertulis 'I LOVE YOU'.

Amir memandang pula benda yang dimaksudkan oleh Jaha. Terbuntang matanya,tidak percaya. Baru dia perasaan apa yang buat bosnya itu melengking tadi. Focus dengan game dia kan tadi.

''wow.....!!!! bos, kau ada peminat?!, aku tak sangka perangai teruk terlampau macam bos ni ada juga yang berminat. Aku rasa beruk ni yang bagi. Boskan selekeh,tiada style. Aku yakin 100% ni beruk gila buta yang bagi!!!''

Bukan main slambe Amir mengutuk Jaha depan-depan.

Jaha pula sudah merah menyala muka,bengang dengan kata-kata Amir. Apa punya kawanlah ini!. Mulut senang saja nak kutuk aku!.

''aku tumbuk biji mata kau sekarang baru tahu!. Biar nanti kau pula yang buta!.''

Tersengih-sengih terus Amir sedar dengan keceloparan mulutnya. Risau pula kalau kena tumbuk betul-betul,bukan dia tak pernah kena tumbuk oleh Jaha. Pernah masa mereka tingkatan 2. Dua minggu juga dia terbaring dihospital. Bayangkan sajalah betapa teruknya dia kena belasah hari itu. Nasib baik Jaha saja waktu itu yang belasah dia,kalau dengan geng-geng Jaha yang lain itu?,memang kat dalam kuburlah dia sekarang......

''aku Tanya siapa yang bagi,bukan suruh kau kutuk aku!''

Masih tidak puas hati lagi Jaha. Dia menjeling pelajar perempuan sekelasnya yang sedang curi-curi bergosip pasalnya. Terus pucat muka mereka. Pura-pura konon tunjuk rajin belajar,padahal Jaha tahu diorang itu otak fius semua tercabut!. Tak tahu membaca........ kutuk orang padahal diri sendiri sama...

''entah aku tak tahu. Aku kan dengan bos dari tadi?.''

Ya juga... bisik hati Jaha. Amir kan dari tadi memang dengan dia. Mana ada Amir berpisah dengan dia?. Semua pelajar lelaki dikelas ini hanya ada 10 orang dan semuanya ikut ke mana saja Jaha pergi. Walau ke tandas pun!. Nasib diorang tak ikut dia masuk sekali dalam tandas tu....
Jaha merenung hadiah itu lagi dengan pandangan tajam lagi itu. kalau kot mata dia ini ada laser pasti dah terbakar hancur hadiah itu dia renung!. Sampai pelajar sekelasnya yang tengok muka dan renungan dia itu pun terus kecut nak terkentut!. Mujur bukan mereka yang direnung kalau tak bukan setakat terkentut nanti tapi pasti dah terberak terus!.

''ambil sajalah bos...,rezeki tu ada peminat.'' Sampuk Lafe yang walau sibuk dengan komiknya,tetap peka dengan keadaan sekelilingnya.

''untunglah bos....'' Jaha memandang Bad. Apa yang untungnya?. ''biar pun style selekeh tahap jahanam macam bos inipun,tetap juga boleh ada peminat . Kalau saya tahulah,memang dari dulu saya ikut style bos''. Bad memuji namun, mengutuk juga. Dah Jaha memang selekeh nak mampus!. Entah siapalah yang lagi buta dari beruk ni yang tersangkut kat ketua segala samseng jahat ini?.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lukisan Cinta KitaWhere stories live. Discover now