"Mak,acik tak balik sebulan tau nanti,mak jangan meracau racau nak peluk acik pulak.Rindu air liur basi acik,"pesan Ayyana kepada ibunya,Puan Salma.
Lantas Puan Salma menjeling. Hisy anak dara yang seorang ni,perangai tak nak berubah langsung!
"Orang gila jelah yang nak rindu acik ni!Kentut dahlah busuk!Tidur pulak keluar air liur basi!Memang pakej lengkap bakal ditolak mak mertua!"balas Puan Salma sambil bangun untuk mengejutkan anak dara yang paling bongsu yang sudah berusia 15 tahun.Ini satu lagi anak dara pukul 11 pagi tak nak bangun!
"Isy,apalah mak ni!Dia cakap aku kentut busuk?Punyalah bau seharum lavender. Hmm..Mungkin hidung orang tua sensitif kut,"bebel Ayyana seorang diri!
"Hamboi hamboi acik,kenyang mengata mak?"terkejut beruk Ayanna melihat kelibat ibunya di belakangnya.Dia hanya mampu tersenyum comel.
Puan Salma tersenyum.Memang tak dinafikan dia paling rapat dengan anak keempat dia ni,Aura Ayyana.
Anak dia yang pertama,Aiman Afzar sudah berkahwin dan menetap di Singapura memandangkan isterinya berasal dari sana.Afzar pun bekerja sebagai pilot membuatkan dia jarang balik ke kampung.
Anak dia kedua dan ketiga iaitu kembar,Aisya Ariana dan Aisya Afiah sudah bekerja sebagai guru di Perak dan Kelantan.Memang nak nampak diorang ni balik waktu raya ajelah.
Si anak keempat iaitu Aura Ayyana ni busy sepatutnya. Yalahkan,kerja sebagai pemandu pelancong,tapi setiap bulan mesti punyalah anak dia balik.
Anak kelima dan keenam,kembar jugak iaitu Amar Afif dan Amira Afiqah sudah 15 tahun.
Dan Puan Salma tidak nafikan,diantara anak anaknya,Aura Ayyana paling menawan.Mungkin Ayanna paling iras arwah suaminya yang berdarah Bugis.
"Mak,sorry,acik saja je cakap macam tu,mak Aura Ayyana mana pernah tua,sentiasa awet muda di mata acik,hehe,"puji Ayyana.Puan Salma mencubit manja pipi anaknya.
"Isy geramnya mak.Anak mak mana pernah kalahkan bab memuji orang."Puan Salma terus menyambung mengupas bawang untuk menumis ayam masak sambal nanti.
"Mak,masak apa harini?"soal Afiqah,anak bongsu Puan Salma yang baru bangun.Ayyana membulatkan mata.
"Amboi kau,dik!Bangun bangun tidur dengan tak gosok giginya,terus nak makan?Pengotor!"marah Ayanna.
"Eleh kau acik,kecoh je lebih,kau sarapan semalam pun tak gosok gigi,kan?"balas Afiqah sambil tersengih.
Hampir tersedak air yang diminum Ayyana.Macam mana dia tahu?!
Puan Salma sengih.Haih, macam macamlah dua beradik ni!
🌻🌻🌻"Take him,"arah encik Malique Ayhner,papa Rayd Ayhner.
"No,I want mama!I don't want to follow you!"jerit Rayd yang ketika itu baru berusia 10 tahun.
Dua orang berbaju hitam menarik Rayd menjauh dari mamanya,Puan Farhana.
Encik Malique datang mendekati isterinya lalu dia membisik perlahan ke telinga isterinya.
"I'm sorry to do this.I have to..Saya terpaksa.Awak jaga Eisya Ayhner baik baik,"ucap encik Malique.
Kemudian dia mencium adik Rayd,Eisya yang ketika itu baru berusia tiga bulan.
Puan Farhana menangis teresak esak.Tidak faham kenapa secara tiba tiba suaminya itu meninggalkan dia dan anak bongsunya.
"Farhana binti Ismail,aku ceraikan kau dengan talak satu,"ucap encik Malique sebelum berlalu pergi.
Meraung Puan Farhana disitu,tidak sangka semua perkara ini akan berlaku.
Maafkan abang,sayang.Abang pergi demi keselamatan awak.Insyaallah,abang akan jaga Rayd baik baik.
So..how?Haha..Saranghaeyo tak update lagi!Maaf sebab cover book tak ada lagi,author Tu cakap hari Rabu mungkin siap so I ikutkan je..
Jangan lupa komen dan vote.Hope you guys will like it.And harap dapat sokongan macam Hello Mr.Husband.
Haha..for information,ni first novel sis tulis aksi..Hope boleh terima,mohon tunjuk ajar ya my sifu Angel_k20..
Nak more aksi?next bab okay..sis target for this bab,15 vote..
Random tag:-saerakim Angel_k20 taeferol Mecxira mochii_66 cherry_ritcha AqilahAdlina Iyn_rhana LadyMelurr samperitmilo NaruShukie nuefa- mochiizz66
Follow my first acc hyerihoonielyna
![](https://img.wattpad.com/cover/248346684-288-k294414.jpg)
YOU ARE READING
KILL THIS LOVE,MONSTER!
ActionCover oleh @IlmiMadihah Pilih cinta atau nyawa? "Huh?!Kau nak kenal aku siapa?Aku Rayd Ayhner.Tak payah tanya lebih lebih,aku tak ada mak dan aku ada seorang bapak yang menyusahkan aku.Puas hati?!" "Err..Saya?Nama saya Aura Ayyana,umur 27 tahun,beke...