Part-time Seekor Pontianak 1

8 1 0
                                    

Ampunkan one brain cell aku ini kerana beliau teramatlah ingin mengpublish cerita ini. Jadi have fun hohhoho

•••••••••••••••••••

Malam yang indah disinari dengan cahaya lampu minyak tanah ehhhhh...

Mentang-mentang hujan bulan tak keluar terus dilupakan ya??? Manusia manusia...

Ok back to the story...

Malam yang indah dengan sinaran bulan purnama dan bintang-bintang berkelipan menyinari kegelapan bumi Malaysia. Alunan orkestra dari sang cengkerik menyemarakkan lagi suasana pada malam itu

"Heiii hhehehehehehe. Woi bila da masa aku nk menyinar ni hah?!"

Hilaian dan amarah suara menusuk gegendang telinga mu di malam hari ini hehehehe... siapakah beliau???

Siapa lagi mengilai tengah-tengah malam ni kalau bukan akak ponti kita.

"Ok akak ponti, steady. Camera roll... one two three action!"

"Ehem ehem. Hello guys ma name is ponti anak... Anak... Aku anak sapa eh??

Ok lupakan, yang penting u olls panggil ai akak ponti, nk panggil mira filzah pun boleh. Lagi akak suka hohoho"

"Dey akak. Baju koyak rabak, rambut macam tak cuci 10 tahun ada hati nak ngaku mira filzah.. pergi daaa" sampuk seekor makluk botak, berbadan hijau dan hanya berseluar pendek (bukan boxer kay, hang pikir boxer aku samak otak hang dgn clorox)

"Kau budak-budak taktahu pape. Kira pun sampai 10 jer reti, nk mencuri pun curi separuh jer. Bazir masa betul" bebel si akak ponti sambil membetulkan rambut gerbangnya di hadapan kamera.

"Ni lagilah bazir masa saya. Saya patutnya pi mencuri kat rumah Pak Samat kampung sebelah sekarang ni, tapi akak ni dgn tiba-tiba bagai covid datang suh saya jadi cameraman." Sambung sang botak kepala hijau itu atau lebih mahsyur beliau dikenali dengan nama Toyol. Jangan tanya dia anak sapa sbb takde manusia hijau atau hantu hijau, dia ja hijau pelik dari orang.

"Kau tau kan sekarang ni carbonara menyerang, kau patutnya duk diam-diam oi kira kacang hijau yang upin ipin bagi. Kau tak pikiaq ka kalau rumah yang hang mencuri tu kena carbonara sekali-sekali dengan hang kena. Kalau hang saja kena takpa mak bedah oii ni kalau sekali dengan akak yang kena, im sorrylah man." Sikat rambut manusia mana tah yabg dicuri kini digunakan oleh akak ponti untuk mencantikkan lagi rambut beliau.

"Carbonara, carbonara.. corona lah! Kome dua kalu nok gaduh, gaduh lain. Kawe banyok lagi kejo nak buat ni. Cepat sikit." Celah seekor makhluk hitam yang sedang memegang spotlight yang menyinari akak ponti.

"Mu tu kejo dio membinasakan anok daro ore jah ore minyok wei. Ke mu dok sedap tu tibo-tibo keno covid-19 hah padey muko demo. Mentang-mentang hargo minyok turun eiii. Aku ni hok sendu, takdop tangey tapi awok mu suh aku pegey natang mic ni." Kini sang hantu bungkus a.k.a pocong yang kadang-kadang menyamar menjadi bantal peluk korang mula menyampuk. Kerja beliau yang seperti beliau maklum adalah memegang mic panjang bagi menjelaskan lagi suara akak ponti kita itu.

Bagaimana beliau pegangnya? Senang aja tuan-tuan dan puan-puan, dengan kebijaksanaan yang diberkati oleh Yang Maha Esa, si orang minyak ini mengikat batang mic tersebut di atas kepala abang pocong kita. Kreatif bukan?

"Dah dah! Kalau korang duk bebel-bebel bila pulak author citer ni nak tulis scene akak. So diam dan biarkan bintang sebenar menyinar hehehehehehe." Hilaian yang gemuruh dan teramat merdu itu menyebabkan sang pocong terpaksa mengundur ke belakang bagi mengelakkan mic masjid yang dicuri itu rosak tetapi sayangnya, akibat hanya mampu melompat sahaja.. beliau tersalah skill dan mula bergolek dengan cantiknya.

"Weii mic masjid weii!! Satgi tok imam bakar kita kan!" Dengan gopoh-gapah si toyol menyelamatkan mic tersebut tanpa menghiraukan pocong yang menggelupur untuk bangun.

"Dasar setan tak kenag budi! Bukan nak tolong member pun. Hah meh aku rosakkan lagi mic tu biar tok imam cari kau buuu" dengan penuh usaha dan gigihnya sang pocong bangun dengan cara bersandar pada sebatang pokok.

Act boleh jer orang minyak tu tolong tapi pocong tu kerek sgt taknak takut kain kafan dia kotor dgn minyak.

"Woi! Nak hujan ni setan-setan! Gi blalah cucu bodo!!" Seru nenek kebayan yang dari tadi terpaksa pakai earphones kerana rimas dengan 4 ketul hantu itu.

"Huhuhu hangpa lah ni takdan akak ponti nk intro dengan readers semua.." dengan sedihnya hantu ber empat itu terpaksa mengemas kawasan rumah nenek kebayang yang mereka ceroboh dan memulangkan kembali semua peralatan masjid yang mereka curi.



To Be Continue

Fyi, citer ni aku taknak publish pun sebab aku rasa mengarut teramat😂😂 aku just tulis-tulis dalam memo astu member aku ni sorang suh pi publish kat sini sbb aku asyik suh dia baca hahagagagag

Jadi nikmatilah kisah satu sel otak aku hohoho

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Part-time Seekor PontianakWhere stories live. Discover now