Chapter 1

3 0 0
                                    

Mataku merenung mati pokok-pokok yang melambai-lambai di luar tingkap kereta. Langit mulai mendung.

Peristiwa tadi masih segar di fikiranku.

"Aisya Sufiha bt Helmi. Ditemui bersalah kerana melakukan pembunuhan."

Tanganku digari. Dua lelaki bertubuh tegap dan berpakaian serba hitam membawaku keluar dari mahkamah.

Mereka mengiringi aku ke ruang kosong bawah tanah. Gelap. Hanya sedikit cahaya dari langit menerangi tempat itu. Ada satu meja dan dua kerusi yang saling menghadap disitu.

Aku didudukkan pada salah satu kerusi tersebut.

Mama datang dan duduk di kerusi dihadapanku.

"Mama-"

"Aisya." Mama memotong ayatku. Satu file bewarna coklat gelap ditolak kehadapanku.

"Apa ni?" Soalku keliru.

Gari di tanganku dibuka.

Aku perlahan-lahan membuka file tersebut dan ada beberapa helaian kertas di dalamnya.

KEPUTUSAN UJIAN MENTAL

Aku membaca isi dokumen tersebut.

Kertas itu direnyukkan dan dikoyakkan. Cebisan-cebisannya berterabur di meja dan di lantai.

"This document have a copy." Mama memberitahu.

"So nothing will change if you koyakkan benda tu." Sambungnya.

"Mama, did you really trust this?"
"Benda ni tipu! I really don't have any penyakit mental that can make me do this crime! Even if it is, why would I kill my own-"

"DIAM!"

"Kau bukan anak aku! Kau bukan Aisya!"

"Mama.. Aisya-"

"Jangan panggil diri kau Aisya!"

Mama memandangku jijik.

"Kau kawal dia, kau buat semua ni dan semua orang salahkan Aisya!"

Tengkingnya. Suaranya bergema di ruang ini.

"Kalau bukan sebab kau, Semua ni takkan terjadi!" Jari telunjuknya berkali-berkali menuding kearahku.

Tangan-tangannya mencengkam kepala. Habis ronyok selendang yang dipakai. Sehingga terlihat leher dan anak rambut. Lalu dia berhenti dan memandangku.

"Jangan ingat kau boleh lari dari semua ni!"

Dua orang wanita yang ada di belakang Mama memeluknya dengan erat.

Mama cuba mencapai diriku, jari-jarinya cuba menarik pakaianku namun aku mengundurkan diri.

"Puan."

Salah seorang dari lelaki yang mengiringiku tadi menghentikan drama itu.

"Tolong jangan beri tekanan pada si pesalah. Hukuman yang setimpal akan dikenakan."

Kedua-dua tangan mama dipegang kuat dari belakang. Selendang hitamnya yang terlondeh terlihat seperti scarf hitam yang dililit di leher. Matanya masih tegar melihatku.

Tanganku digari dari belakang.

**

Kini aku di dalam kereta. Dalam perjalanan ke satu tempat untuk menerima hukumanku. Pergelangan tanganku yang sedikit luka, aku tutup dengan lengan baju. Ditekan sehingga kesan darah terlihat.

"Aisya ?"

Aku menoleh.

"Aisya sabar, ya ?" Mak Maira mengatakannya dengan muka simpati.

Aku hanya membalas dengan senyuman.

"Kita dah sampai."

Satu bangunan megah berdiri dihadapanku. Ditengah-tengah hutan ini pun ada bangunan sebesar ini. Laluan jalan raya disekitar sini bersih. Mungkin kereta tak banyak lalu di sini.

Disini sunyi sepi. Hanya bunyi burung berkicauan dan bau pokok yang menemani.

"Sunyi je, bukak ke tempat ni?" Mak Maira memecah kesunyian.

Aku berjalan menghampiri pagarnya. Jariku melalui besi-besinya yang sejuk. Tak ada sesiapa di luar.










You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HatiWhere stories live. Discover now