Preview

443 10 0
                                    

Diheret Aryan masuk ke dalam mansionnya. Sengihan terkutik pada bibir bila dia dapat menculik Aryan.

Ada baiknya juga Aryan balik sendiri tapi diakui lelaki kecil begitu lincah dalam mempertahankan diri. Memang saling tidak tumpah dengan sikap Papanya. Mengingatkan itu buat Luke automatik mendecit geram.

" Kau dengan Papa kau sama saja. Menyusahkan aku!" Rahang Aryan dicengkam kuat.

Dilempar tubuh Aryan dalam kurungannya. Aryan kelihatan terkejut bila nampak Aisya yang sedang tidur pulas di dalam bilik besi ini.

" Kau berdua tinggallah dalam bilik besi ni sampai kiamat. Aku takkan buka selagi Xander sampai. Nak tengok jugak apa rancangan Xander kali ini. Huh!"

" Tak penat ke selalu bebel? Penatlah Aryan nak dengar." Selamba badak Aryan memerli lelaki itu.

Mencerlung tajam mata Luke pada si Aryan. Belum sempat dia masuk balik, Aryan terlebih bijak.

Kunci ditangan Luke dirampasnya dan laju tubuh kecil itu menyepak rahang lelaki itu sehingga jatuh terduduk Luke.

Lincah tangan itu mengunci sendiri pintu bilik besi itu dengan kunci yang ada padanya. Nasib baik pintu bilik besi ini diguna adalah tombol. Senanglah untuk Aryan melakukan rancangannya. Heh!

Tok! Tok! Tok!

" Kau bukak pintu sekarang sebelum aku buat benda yang teruk untuk kau Aryan." Luke sudah mengamuk di luar pintu itu.

" I'm not afraid of you, baby." Sinis Aryan mengatakan sebegitu.

Almari diheret kuat agar bersandar pada pintu. Penuh tenaga dia guna agar dapat mengalihkan almari itu. Helaan nafas lega kedengaran bila dia dapat alihkan almari itu.

Alhamdulilah... Kira mereka berdua selamat saat ini tapi hanya untuk beberapa jam. Aryan tahu lelaki itu akan masuk ke dalam bilik ini lagi. Percayalah!

" Aryan, apa yang awak buat dekat sini?" Soal Aisya pelik.

" Culik."

Aisya mengangguk. Semua perbuatan hebat Aryan dia lihat tadi. Kagum jadinya Aisya. Makin kuat rasa sayangnya pada Aryan andai sebegini. Aisya bangun dari duduknya. Disandarkan tubuhnya pada almari.

Aryan mengerling dengan ekor mata Aisya yang sedang mengesot rapat padanya. Aryan kesot ke tepi tapi sayang tak boleh apabila tubuhnya sudah bertemu dengan bucu almari. Aryan mengetap giginya. Sudah! Terperangkap.

" I love you Aryan..." Aisya menyandarkan kepalanya pada bahu Aryan.

Aryan hanya membiarkan saja. Untuk menghalang dia tahu yang Aisya akan dekat dengan dia jugak kalau dia cuba halang. Bukannya Aryan tak kenal perempuan yang bernama Aisya. Dah kenal lama.

" Saya tahu awak akan menjaga saya dengan baik satu hari nanti. Lihat saja apa yang berlaku tadi. Awak berani... Awak berani berlawan dengan lelaki yang lagi berumur daripada awak. Kagum saya pada awak." Luah Aisya bangga pada Aryan.

Aryan hanya diam. Tak tahu nak bagi reaksi apa sebab dia sendiri dah tak tentu arah bila Aisya ada dekat dengannya. Mana pernah dia dekat sebegini dengan perempuan. Aryan mahu menjauhkan dirinya dengan si Aisya tapi tangisan Aisya membantutkan perbuatannya.

" Aisya dah tak ada sesiapa dalam dunia ni. Mak dan Ayah dan meninggal ditembak. Hanya Aisya sendiri di sini. Semua yang kenal Aisya akan malang kan? Termasuk Aryan sekali. Pasti Aryan akan tinggalkan Aisya sekali." Aisya mengemam rapat bibirnya.

Tak dapat ditahan, airmatanya mengalir laju. Kabur penglihatan Aisya kerana terlalu banyak airmata yang mengalir di celah matanya.

" I won't leave you alone. Don't worry."

Hak Milik Tuan Aiden 3Where stories live. Discover now