Skrin telefon bimbit ditenung. Fikiran aku melayang jauh risau memikirkan hari esok.
Esok aku bakal bekerja di syarikat baru.
Esok aku akan bertemu dengan officemate baru.
Esok juga merupakan pengalaman baru aku bekerja di syarikat besar.' Ahh..chill Nad, kau boleh buat!', aku cuba tenangkan diri. Mataku melirik ke arah almari baju. Kelihatan tergantung kemas beberapa pasang baju kurung. Tiba-tiba, pandanganku berubah ke arah hujung katil. Sehelai kemeja berwarna dusty pink yang Kaklong beri terhampar disana.
"Hmm..baju kurung ke kemeja?", tanya aku seorang diri sambil mengusap dagu.
'Ting!'
Notifikasi dari WhatsApp masuk. Tertera nama Kak Hani di notifikasi.
Assalamualaikum, Nadia.
Maaf akak ganggu awak waktu macam ni.
Esok awak boleh masuk kerja pukul 8:30 pagi. Kalau ada apa2 awak nak tanya, tanya je akak..
Sementara akak belum tidur lagi...hehe :)Mesej Kak Hani dibalas:
Waalaikumusaalam.
Okay kak
Setakat ni saya tak ada apa2 lagi nak ditanya.. 😁Kemudian, mesejku dibalasnya:
Good luck for your internship!
Aku tersenyum dan membalas dengan ucapan terima kasih.
Handphone diletakkan kembali di atas katil. Persoalan tadi belum terjawab. Baju kurung atau kemeja bakal dipilih untuk dipakai pada esok hari. "Why it is so complicated..", aku mengeluh sendirian.
Telefonku 'menyanyi' secara tiba-tiba. Ada panggilan video masuk. Butang accept ditekan.
"Hey, beb! Buat apa tu? Awat tak tidoq lagi?", sergah Wawa dari skrin telefon. "Woi! Tak reti bagi salam ke? Ni..haa...aku tengah fikir masalah dunia ni. Nak pakai baju kurung ke kemeja untuk esok?".
Wawa hanya tersengih. "Laa..itu pun jadi masalah ka? Kalau hang tanya pendapat aku, of course la aku pilih baju kurung sebab you look pretty and cute bila berbaju kurung", puji Wawa. Aku mengecilkan mataku. Pasti ada makna disebalik pujian tu.
"Ye ke? Bagitahu je la aku yang kau nak aku beli handbag tu sekali dengan kau kan?!", duga aku. Wawa tersengih sekali lagi.
"Yes, exactly! Bravo sis! Pandai hang teka nohh..". Bertepuk-tepuk tangan si Wawa sebab terlalu gembira.
YOU ARE READING
Hi, Cik CEO!
Short StoryYa! Dia sudah kembali. Banyak kisah ingin dicoretkan disini. Diari kehidupannya 'hidup' semula setelah lama menghilangkan diri.