Kisah Aku Dan Wattpad

23 6 6
                                    

Assalamualaikum, aku merupakan penulis yang baru mengenali apa itu wattpad. Secara jujurnya aku tak pernah berpikir sekalipun dalam hidup aku untuk menulis sebuah cerita namun disebabkan apa yang terjadi dalam hidup aku ni aku tak boleh ceritakan kat orang lain jadi aku pun ambil pilihan untuk membuat ceritaku sendiri di wattpad.

Di dalam dunia yang sebenar aku bukanlah seorang yang suka bercerita tetapi hanya mendengar dan berdiamkan diri sahaja apabila orang lain sedang bercakap.  Korang boleh panggil aku anti sosial haha tapi sebenarnya aku cuma tak tau nak bercerita mengenai apa kerana aku hanya seorang yang kuat berangan.  Kadangkala aku terpikir adakah orang lain kat dunia ini seperti aku? ahh tengok aku dah berangan juga kan.


Apa apa pun tolong jangan kecam saya jika cerita yang disampaikan oleh saya kurang memuaskan. Maklumlah orang baru kan Hahaha.Ya aku seorang yang minat cerita yang bergenre romantis seram plot twist dan misteri gitu. Okay saya tak memaksa tapi supportlah cerita saya ya.Terima kasih saya doakan kamu sentiasa dalam keadaan yang sihat.

Kisah Aku Dan WattpadWhere stories live. Discover now