Ding!
Dong!
Bergema bunyi loceng di dalam rumah mewah tiga tingkat berhalaman luas itu.
Seorang pembantu rumah muncul dari sebuah ruang lantas mendapatkan pintu tersebut. Terbuka saja pintu itu, dengan riang dia menyapa. "Hai...Naomi."senyum Sabrina, 45 tahun. Pembantu veteran keluarga Stryker. Seorang yang penyayang dan juga pandai memasak. Kesayangan puan besar.
"Hai Sabrina...maaf lambat hari ni. Ayah saya mogok tak nak makan.."beritahu Naomi sambil berjalan masuk ke dalam.
Sabrina kembali menutup pintu itu setelah Naomi masuk. Setelah itu dia pegang belakang badan itu untuk pimpin anak gadis itu ke arah dapur. "Oh ya ke?Tak mengapa. Tuan muda sendiri baru saja bangun dari tidur petangnya. Sekarang dia sedang mandi. Nanti kamu bawakan lah makan malam untuk dia ke biliknya."
Naomi beri senyuman lega ke Sabrina lalu berjalan ke arah dapur Bersama-sama. Tak lama lepas dia diberikan dulang dengan hidangan makan malam, langkahnya di atur ke tingkat atas untuk menemui tuan muda a.k.a bank dia. Teruk sangat bunyinya?Well..nak buat macam mana. Dah memang fakta pun. Kalau bukan disebabkan wang yang dia terima sebagai pembantu peribadi tuan mudanya, dia mungkin takkan dapat sara kos perubatan ayahnya selama tiga tahun di sini. Ya. Dia kerja sejak dia masuk kolej sehingga la dia masuk univerisiti. Lumayan la jugak gajinya. Even tugas dia tak ubah macam jadi kawan dan peneman untuk tuan mudanya yang alami anxiety disorder ni.
Knock!
Knock!
Ketukan di beri sebelum Naomi tolak daun pintu itu ke dalam tanpa menunggu balasan. Sebab dah terbiasa. lagipun tuan mudanya tak kisah sangat dengan kehadirannya di dalam bilik ni. Maklum la mereka ni dah ibarat macam kawan baik.
"Hai Zach...."sapa Naomi lepas Nampak tuan mudanya sedang duduk di tepi katil mengeringkan rambut.
Tersentak orang tu. Dia pun cepat-cepat turunkan tuala dari kepala, mendedahkan kepala yang serabai tidak bersikat dan masih basah itu. "Lambat hari ni awak datang"tanya Zach Price, 25 tahun. Seseorang yang sangat sensitive, cerewet bab makan dan segalanya, pendek cerita seorang yang perfectionist. Bekas pemandu kereta lumba litar 5 tahun yang lalu. Namun kemalangan berlaku apabila kereta lumba yang di pandu hilang kawalan lalu terbabas. Akibat dari kemalangan tu, matanya cedera kerana terkena serpihan kaca yang menyebabkan dia permanent blind.
Dua tahun pertama Zach putus asa nak hidup hingga berkali-kali mahu cuba bunuh diri. Tak cukup dengan tu, Zach kemudiannya diserang kemurungan.
Lalu datang la Naomi dalam hidup Zach tak lama kemudian.
Naomi yang tolong Zach survive dan bantu Zach bangun semula untuk jalani kehidupan. Ambik masa la jugak. Dekat setahun setengah lepas tu baru la Zach terima kenyataan dan move on. Sejak tu la mereka berkawan baik. Sehingga la sekarang.
"Sorry. Ada hal nak kena uruskan. Lagipun kelas saya lambat habis hari ni.."jawab Naomi sambil meletakkan dulang berisi makanan tadi ke meja kopi yang ada dekat ruang tengah bilik tidur tu. Setelah itu dia jalan dekati katil dimana Zach berada.
Sambil melilaukan matanya ke arah yang tak pasti, Zach pasang telinganya untuk cari tahu dimana kedudukan Naomi. Namun tak lama lepas tu, hidung dia terbau haruman yang biasa dia hidu di depannya. Senyuman terus terukir di bibir. "Tak apa...saya sendiri tertidur sampai ke petang."jawabnya.
Naomi pandang tepat ke mata Zach yang sedang pandang ke kiri sedangkan dia berdiri di depan. Tak apa. Nanti lama-lama Zach pandai nak tentukan arah. Lantas dia capai tangan yang bertuala itu. "Mari..saya keringkan rambut tu dengan hairdryer.."ajaknya yang menarik Zach bangun dari situ.
Zach turutkan saja. Dia biarkan Naomi pimpin dia untuk ke vanity brsama senyuman senang di bibir. Kalau tak ada siapa yang nak berkawan dengan dia, hanya Naomi seorang saja sudah cukup buat dia. "Macam mana dengan hari awak hari ni?Semuanya okay ke?Study okay?"tanya dia sambil tu.
Naomi pimpin Zach sehingga la lelaki itu duduk di kerusi menghadap cermin besar di situ. Hairdryer wireless yang berada di soket di capainya. "Peachy...nothing special. Macam biasa la."beritahu dia sebelum on kan hairdryer dan mula keringkan rambut tu menggunakan jari jemarinya.
Buat seketika, mereka berdua diam tidak bercakap. Hanya bunyi mesin dari hairdryer yang kedengaran dalam bilik tidur itu.
Zach dengan termenungnya. Dia sedang berfikir mengenai idea dia mahu luahkan perasaan Sukanya kepada Naomi. Lama dah dia simpan niat ni, cuma tak kesampaian sebab keberanian dia tiada.
Sementara Naomi bingung memikirkan keadaan ayahnya yang sebenarnya semakin merosot prestasi kesihatan beliau sejak kebelakangan ni. Doktor sendiri yang beritahu dia mengenai hal ni. Jadi banyak kemungkinan yang dia bakal hadapi nanti.
"Hei...Naomi.."panggil Zach yang memecah kesunyian antara mereka terlebih dahulu.
"Hm."jeda Naomi sambil termenung melarikan rambut ke celah jari jemarinya sewaktu angin panas dari hairdryer itu bertiup.
"Ada sesuatu yang saya nak beritahu awak.."beritahu Zach dengan muka tak pasti, tapi bibirnya terukir senyuman.
Naomi pandang akan pantulan Zach di cermin depannya, serius beritahu Zach ni kacak orangnya. Sangat kacak sebenarnya. Sesiapa boleh jatuh hati kalau tengok muka ni. Termasuk la dirinya. Yalah,,dia perempuan kot..Zach pulak lelaki..mesti la ada perasaan suka yang berputik dalam hati dia selama tiga tahun menjadi pembantu peribadi lelaki ni. "Apa dia?"tanya dia sambil ratakan rambut yang ada di tepi telinga Zach. ,
Zach Tarik nafas dalam-dalam lalu di lepaskan dengan pendek sebelum bersuara. "Saya sukakan awak."
Terus berhenti serta merta tangan Naomi masa dengar. Apa dia? "Sukakan saya?Maksudnya?"soal dia nak dapatkan kepastian. Kalau kawan tak apa...tapi kalau lebih dari tu...dia rasa dia tak boleh nak balas balik perasaan tuan mudanya ini.
"Bukan sebagai seorang kawan, tapi lebih dari tu.."Bersama perasaan berdebar gemuruhnya, Zach berkata.
Jatuh terus tangan Naomi ke sisi sebab hilang semangat. Jangan la main-main. "Awak gurau ke ni?Ke ada hidden camera dekat sini?"selorohnya bernada gurau.
"Tak..saya memang serius. Dan saya harap awak sudi balas perasaan saya."Zach pusingkan badannya di kerusi itu menghadap Naomi laju-laju semasa berkata. Lalu tangannya tergapai-gapai hendak cari tangan Naomi.
Mata Naomi tunduk memandang Zach dengan muka terpempan dan mata berkaca. Dia biarkan saja Zach bila lelaki tu capai tangan dia lalu di gengam dengan erat.
"Awak tak perlu beritahu jawapan sekarang. Kemudian pun boleh. Saya cuma nak awak tahu. Itu je."jelas Zach lagi sebelum senyum memandang ke perut Naomi tanpa pengetahuannya.
Nafas Naomi tertahan-tahan sebab dia begitu terkejut dengan pengakuan tiba-tiba Zach ni.
YOU ARE READING
28. Mr. Ceo and Ms. Intern
General Fiction🐬PAID VERSION. DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Orang kata cinta itu buta kan? Tapi macam mana kalau yang bercinta itu betul-betul buta? Adakah cinta tu tetap dianggap buta? *************************************** Naomi Morgan, seorang graduan di sebuah u...