Jelas Perubahan

5 1 0
                                    

Aku tak kisah kalau kau dah ada orang baru dalam hidup kau. Pasangan yang boleh buat kau lebih bahagia berbanding bila kau dengan aku, yang boleh layan manja dan kerenah kau berbanding aku.

Tapi aku mohon sangat2. Tolong jangan berubah bila kau dah ada orang yang boleh sayang kau lebih berbanding aku. Mohon layan aku macam biasa jangan endahkan aku macam ni.

Aku tak suka. Bukan dengki ataupun iri.  Aku nampak jelas yang kau memang banyak berubah.

Rehat pun dah tak nak jalan sama dengan aku, asyik berkepit je dengan dia. Bila kita keluar sama-sama pun kau asyik sibuk dengan kekasih kau tu. Call, video call lah macam tak boleh berenggang sikit.

Jujur aku cemburu. Siapa yang tak cemburu bila tengok sahabat kita sendiri berubah bila ada orang lain dan layan kita nak tak nak je sebab sibuk nak jaga hati pasangan.

Sedangkan hati kita, sendiri pujuk. Setiap hari makan hati.

Aku gembira sebenarnya bila kau bahagia, aku tak kisah bila kau ada teman hidup yang betul-betul cintakan kau, tapi jangan sampai tersalah pilih sebab nanti kau juga yang kecewa. Aku tak boleh tengok kau sakit, aku lebih sakit bila tengok kau sakit, sedih macam tu. Sebab tu aku nak jaga kau sampailah ada lelaki yang betul-betul ikhlas sayangkan kau.

SAHABATTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang