Chaera 💗 Chanhee
Ding dong deng
Author; aku bantai je bunyi loceng tu sebab bunyi dia serupa mcm loceng office akak aku keja senanya 😂😂
Bunyi itu menandakan waktu rehat semua pekerja di perpustakaan seoul. Almaklumlah dia kan librarian memang kena duduk perpustakaan.
Semua pekerja bergegas ke cafeteria tetapi chaera malas mahu pergi ke sana sebab dia masih tak boleh move on pasal teman lelakinya itu, jadi dia tak ada mood nak makan. Lagipun banyak buku yang dia kena kemas.
Semasa dia ingin mengambil buku lama di rak atas, dia tidak sampai jadi dia mencari tangga.
"Aduhhh mana tangga ni takkan lari pulak dahh, ada kaki ke?" Rungut chaera disitu.
"Tak apa lah aku try ambil" katanya lagi lalu menjinjit untuk ambil buku itu. Dia tidak sampai dan hampir je nak capai buku itu.
Tiba-tiba ada tangan yang mengambil buku itu. Chaera ingin memusing ke belakang kerana mahu melihat siapa yang ambil buku itu.
Mereka bertentangan mata selama beberapa minit sampai nak terjatuh, nasib disambut oleh lelaki itu.
"Gwaechana?" Soal lelaki itu lalu menunjukkan senyuman manisnya.
"Nae, gomawo sebab tolong ambilkan buku ni" balas chaera muka dia sudah mula merah-merah bak tomato.
"Nama awak apa?" Kata lelaki itu.
"Jung chaera saya librarian kat sini, tengah kemas-kemas ni ha" balas chaera.
"Ohhh saya choi chanhee awak boleh panggil saya new, tapi" new mendekatkan mukanya pada telinga chaera.
"Panggil oppa pun okay" bisik new lalu meninggalkan chaera disitu. Muka chaera merah-merah lagi.
"Kenapa lah dia sweet sangat?"
Jungmi 💗 Wonwoo
Jungmi menangis di bangku taman dihadapan rumahnya, dia masih tidak boleh lupakan teman lelakinya dan masih tidak percaya dia sanggup curangi jungmi.
"Sampai hati kau jungmo, aku dah buat segala-galanya untuk kau, aku hantarkan kau makanan, aku tolong kejut kau pagi-pagi sebab malas bangun lepastu bagi kau hadiah birthday, hikss hikss" katanya sambil tersedu-sedu, nampaknya dah 10 kotak dia menangis.
"Aku cuba untuk lupakan kau, tapi tak boleh, arghhhhh" jerit jungmi lalu baling batu masuk ke dalam sungai. Kalau boleh dia mahu menangis semahu-mahunya.
"Gwaechana?" Tegur seorang lelaki yang tinggi lagikan kacak. Boleh dikatakan dia ni ada pakej jejaka hensem 2020 lah.
"Ani, aku tak boleh lupakan dia" balas jungmi dengan mata yang berair. Tiba-tiba ada seseorang duduk disebelahnya dan memeluknya.
"Nangis lah, awak layak dapat yang lebih baik, tak payah fikirkan yang lepas, yang penting awak kena fikirkan apa yang ada depan mata awak" lelaki itu memberikan kata-kata semangat kepada jungmi.
"Betul kata awak tu, saya ni je yang bodoh, pergi fikirkan orang yang dah sakiti saya, sepatutnya saya kena maju ke depan dan ubah hidup saya dengan lebih baik" sokong jungmi. Lelaki itu hanya tersenyum.
"Kita tak berkenalan lagi, nama awak apa?" Soal lelaki itu.
"Lee jungmi, awak?" Balas jungmi.
"Jeon wonwoo" katanya.
"Awak kerja counselor ke? Bukan apa kata-kata awak itu membuatkan saya tenang" kaya jungmi. Wonwoo tergelak kecil.
"Tak lah, saya kerja lawyer dekat mahkamah seoul, tapi saya suka nasihatkan orang sebab itu akan buat saya happy" balas wonwoo.
Jungmi hanya tersenyum. "Aku harap aku dikurniakan lelaki seperti dia" monolog hatinya.
+++
Yeayy double update. Any comments?
YOU ARE READING
[✔] Sweet But Psycho || Random AF [Close]
Fanfiction"From a good girl to bad girl" status; close start; 1/12/2020 end; 10/12/2020