Nama aku Izzryn,tapi ibu dan ayah panggil aku along.Aku merupakan anak tunggal.Hidup aku mula berubah bila ayah aku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa menghantar aku pergi ke airport.Masa ayah aku meninggal aku berumur 20 tahun.Hubungan aku dan ibu aku mulai renggang selepas ayah aku meninggal dunia.Dia selalu menyalahkan aku dan mengatakan bahawa aku penyebab suami dia meninggal dunia.
(Flashback)
Ayahku memanggil aku "along cepat flight kamu dah nak berlepas 15 minit je lagi...tu laa kamu bangun lewat lagi".Aku menjawab "ya ayah,sikit je lagi ni nak sikat rambut jap"....
Setelah siap menyikat rambut dengan rapi aku pun keluar dari bilik bersama bag untuk pergi ke airport.
"Ayah along dah siap"
Ayah berkata"ha cepat along bawa masuk bag tu dalam kereta dah lambat ni"...ibu mencelah"betul ke kamu ni along kamu nak pergi Mesir ni"
Aku membalas kata-kata ibu sambil ketawa kecil"betullah ibu takpe along belajar dekat Mesir pun bukan sorang-sorang ada lagi kawan-kawan along yang dapat tawaran master dekat sana...ibu jangan risau"
Ayahku menjerit dari luar"along cepat salam ibu dah lewat ni"
Aku pun cepat-cepat salam ibu kerana ibu tidak dapat mengikut ayah menghantar aku ke airport kerana urusan kerja di pejabat...
Aku melambaikan tangan kepada ibu semasa menaiki kereta..."bye ibu,take care"....
Semasa aku berada didalam kereta ayahku memesan kepada aku supaya semasa di Mesir belajar bersungguh-sungguh supaya dapat menyambung PHd...
Dalam perjalanan menuju ke airport keadaan di luar kereta hujan yang begitu lebat sehingga ayahku yang memandu tidak dapat melihat jalan.Ayah memandu dengan cukup perlahan...Tanpa disedari ayah telah melanggar lampu isyarat merah...Tiba-tiba ada sebuah lori simen yang memandu dengan agak laju melanggar kereta kami...
Dan....
tett,tettt,tett
Aku terdengar mesin hayat yang ada di sebelah katilku.Aku perlahan-lahan membuka mata tetapi penglihatan aku kabur.Aku seperti ternampak dua orang perempuan yang berbaju putih dihadapan aku,iaitu seorang doktor perempuan dan seorang jururawat.Aku hendak bangun tetapi dihalang oleh jururawat perempuan itu,dia menyuruh aku baring dan membanyakkan rehat kerana aku mengalami kesakitan di kepala akibat hentakan yang kuat semasa kemalangan.Aku bertanya kepadanya bilakah aku terlibat dalam kemalangan?Dia menjawab aku koma selama 7 hari,aku cuba untuk mengingat semula tetapi kepala aku semakin sakit.
Tiba-tiba aku terdengar perbualan seorang doktor bersama dengan seorang wanita.Aku mendengar doktor itu berkata"maaf puan kami tidak dapat menyelamatkan izzryn,hentakan yang kuat dikepala menyebabkan dia hilang ingatan"aku merasa pelik mengapa doktor itu menyebut namaku.
Ketika doktor itu memberitahu wanita itu perkara tersebut,aku melihat wanita itu tidak mengendahkan doktor itu dan berlalu pergi begitu sahaja...
Jururawat yang berada disebelahku melambai-lambai tangannya di muka aku kerana dia menyedari bahawa aku sedang termenung melihat doktor dan wanita itu.Aku terhenti dari lamunan itu.Jururawat itu berkata"tunggu sekejap nanti ibu kamu akan datang sebentar lagi"dan aku membalas kepadanya"hah- ibu bila masa saya ada ibu"aku betul-betul tidak ingat ibu aku dan aku hanya ingat ayah aku yang berada dengan aku ketika berada di dalam kereta untuk menghantar aku ke airport dan selepas itu aku sudah terlupa apa yang sudah terjadi...Jururawat itu mencelah"tak mengapa,kamu rest dulu".
(Selepas 5 hari kemudian)
Aku yang keluar dari tandas wad selepas mandi terkejut apabila melihat barang-barang aku mula dikemas oleh seorang wanita yang aku lihat tempoh hari.
Dia berkata"kau dah boleh discharge harini cepat tukar baju aku tunggu di kereta"
Aku hanya menggangguk tanda faham tetapi aku merasa pelik mengapa dia mahu aku pulang bersamanya sedangkan aku tidak mengenalinya,belum sempat aku ingin bertanya dia sudah berlalu pergi dengan muka yang tidak ceria.
Aku hanya mengikut kata-katanya dan aku pun melangkah keluar dari wad dengan balutan di kepala.
Ketika aku sedang berjalan aku ternampak wanita tadi berada di kaunter pembayaran membayar bil hospital.Dia ternampak aku yang sedang memandangnya dan dia melambaikan tangan kepada aku tanda untuk memanggil aku datang kepadanya....aku pun berjalan pergi kepadanya,aku melihat seperti ada yang tidak kena dengannya.Aku pun memberanikan diri untuk bertanya kepada wanita itu"puan ni siapa?,kenapa puan tolong bayar bil hospital saya and kenapa puan nak bawa saya pulang ?"Tetapi wanita itu hanya diam dan tidak berkata apa-apa...
Selepas beberapa minit kemudian,wanita itu melangkah keluar dari kaunter pembayaran dan aku hanya mengikut wanita itu dari belakang sehingga sampai di keretanya.Tiba-tiba wanita itu bersuara dengan nada marah"cepat letak beg tu dalam kereta dah nak gerak ni"
Aku agak terkejut tetapi aku hanya mengikut kata-katanya...
Aku pun menaiki kereta honda civic yang berwarna hitam itu bersama-sama wanita itu.Wanita itu memandu kereta itu sehingga sampai ke suatu tempat...Aku agak terkejut kerana dihadapanku ada sebuah rumah banglo yang begitu besar dihadapanku.Aku pun keluar dari kereta itu dan wanita itu memanggil aku untuk masuk kerumah itu.Aku pun berkata"Aik!ni rumah siapa?"aku merasa pelik...wanita itu mengendahkan pertanyaanku...dan berkata"jangan banyak soal,cepat masuk!"Aku pun mengikuti kata-kata wanita itu.Setibanya di dalam rumah,wanita itu menunjukkan aku sebuah bilik tidur,dia berkata"tu bilik kau"aku pun masuk ke bilik itu dan alangkah terkejutnya aku bila didalam bilik itu aku melihat terdapat frame yang tergantung gambar aku di dinding.Aku merasa lebih pelik dan tiba tiba wanita itu berkata"jangan nak pelik sangat,kau tu hilang ingatan...5% je kau boleh ingat sebab tu lah kau ingat ayah kau hantar kau pergi airport tetapi kau tak ingat aku,but aku tak kesah pon kalau kau tak ingat aku,kau nak tahu sebab ape?Sebab kaulah suami aku mati kau tahu tak?"
Aku membalas"maksudnya ayah dah mati?jadi kaulah ibu aku?"
Dia menjawab"yes,tapi tu dulu,sekarang kau bukan anak aku lagi,so sekarang kau jangan panggil aku ibu lagi!"dia menengking aku dan terus berlalu pergi masuk ke biliknya.
Aku pun mula menitiskan air mata dan berfikir "why aku yang dipersalahkan,kenapa aku?"(Beberapa hari telah berlalu)
Aku ternampak sebuah album di atas meja di sudut dinding bilik aku,aku mula membelek album itu dan aku ternampak sebuah foto aku bersama ayahku dan ibuku,ibu begitu bahagia di dalam foto itu.Didalam foto kami nampak seperti keluarga kecil yang begitu bahagia tetapi kini tak lagi...Dengan tiba-tiba air mataku mengalir.
Hatiku mula berbicara"ayah,kenapa ayah tinggalkan along.Ibu dah benci along yah!along dah tak de sape-sape kat dunia ni"Kenapa along ayah,kenapa along yang nak kene hadap benda macam ni"
Aku pun mula terlelap di atas tilam sambil memeluk foto itu.
YOU ARE READING
Hakikat Sebuah Kenyataan
Short StoryDiadaptasikan daripada kisah benar.Mengisahkan tentang seorang lelaki yang menjalani kehidupan tanpa seorang ayah dan dibenci oleh ibunya selepas kematian ayahnya.Apakah yang terjadi padanya?Stay tune!