Aku kena selamatkan mereka. Cermin itu diterbalikkan sekali lagi dan aku kembali berada di rumah usang yang mengerikan. Pintu bilik nombor dua dibuka.
Keadaan bilik itu memang mengerikan ditambah lagi senjata untuk menyeksaan dilihat tergantung.
Seorang lelaki kelihatan terikat di dinding. Raut wajah lelaki itu jelas kelihatan terseksa. Entah kenapa, aku rasa wajahnya pernah aku lihat.
"Siapa engkau? Apa kau buat dekat sini?" Kakiku melangkah ke arahnya. "Selamatkan kau"
"Pergi"
"Tak, aku takkan pergi" Sedaya upaya aku ingin melonggarkan ikatan tali pada badannya. "Pergi!" Jerkahannya membuatkanku tersentak.
Salah satu sebab aku mahu selamatkan dia adalah dia merupakan pelajar sekolah. Tidak mungkin aku biarkan dia mati dengan cara yang paling menakutkan. Jelas lagi nyata, dia memakai baju uniform sekolah.
Tangan kanan kelihatan cedara parah. Siapalah yang terlalu kejam untuk melakukan sebegini rupa.