EPILOGUE 3

1.9K 199 252
                                    

"Kau jangan hype sangat atas stage.. nanti collapse lain kang jadinya" Jungkook memesan kepada Taehyung yang sedang bersiap itu.

Taehyung mengangguk.

Jungkook memantau Taehyung dari belakang stage.

Sebaik sahaja habis 3 lagu yang berdurasi 17 minit, Taehyung ke belakang stage.

Terus dia baring di lantai. Jungkook mengipasnya sambil memberikan alat oksigen.

"Sabar.. bernafas elok elok.. rileks.." Jungkook menenangkan Taehyung.

"Taehyung, sesi bergambar" staff memanggil. Taehyung bangun dengan bantuan Jungkook.

--

"Huh.." Taehyung menghembus nafas lega setelah masuk ke dalam kereta.

"Nasib baik aku sempat tarik kau dari stage tadi.. kalau tak memang menjerit ah fans kau" perli Jungkook. Taehyung hanya tersenyum nipis dalam kepenatan.

"Apasal aku jadi penat macam ni tho.." soal Taehyung.

"Kau overworked sangat.. setiap hari jadual kau full.. aku dah cuba adjust jadual kau untuk kau lapang malam tapi tak boleh sebab kau banyak modelling so.. ada malam gala lah.. apalah.." jelas Jungkook. Taehyung menggeleng.

"Takpe.. alah bukannya sampai ke tua pun benda ni.. cari duit, kook.. nanti dah tua takde dah orang nak ambil kerja"

"Memanglah.. tapi entah entah tak sempat tua kau dah sakit teruk or mati sebab overworked hari hari" perli Jungkook lagi.

Taehyung tergelak.

"Takde apalah! Aku kan selalu jaga makan dan jaga kesihatan.. bukannya aku seksa diri aku" Taehyung pula menenangkan Jungkook.

"Suka hati kaulah tae.. but the way harini kau nak balik rumah kau atau stay hotel? Esok pagi kau ada shoot dekat pantai"

"Mana mana jelah.. yang mana dekat dengan location shooting.. hotel kan? So pergi hotel" kata Taehyung lalu menyandarkan badannya ke kerusi.

"Aku nak tidur.. nanti dah sampai kejutlah" pesan Taehyung. Jungkook mengangguk.

---

Setelah sampai, Jungkook tak sampai hati nak kejutkan Taehyung. Dia pun menggendong Taehyung masuk ke rumah dan baringkan di biliknya.

"Penat sangat dia sampai orang angkat pun tak sedar" kata Jimin lalu menggelengkan kepala.

"Tula.. biasanya orang terbising skit dia dah bangun" balas Jungkook.

"Weh aku kesiankan dialah.. memang jadual dia takde kosong ke?"

"Takde.. full untuk 2 bulan.." kata Jungkook dengan kecewa.

Mereka diam seketika.

"Aku beli jadual dia tak boleh?" kata Jimin.

"Maksud kau?"

"Aku bayar Taehyung.. jadual dia semua kau cancel selama 3 bulan.. aku bayar berapa banyak rugi dia tu" kata Jimin lagi.

"Uish kau serius? Banyak tho jadual dia.. berbilion juga ni.." kata Jungkook sambil periksa jadual Taehyung.

"Aku tak tahu nyah nak habiskan duit dekat siapa.. kahwin belum, duduk rumah goyang kaki lepastu company duit masuk setiap hari" kata Jimin.

Jungkook menjeling. Memang pun. Jimin duduk rumah menjaga y/n dan Aera tapi duitnya tak pernah putus kerana syarikat yang appa Taehyung beri memang tak pernah rugi.

Dahlah single. Dia selalu belikan apa sahaja Aera nak. Tapi tulah, Aera ni spesies daddy dia. Dia taknak makanan atau mainan, dia nak pakaian Gucci, LV, YSL dan lain lain.

[✓] Taesexual | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now