🤡🤡

72 17 1
                                    


(Fluffy note = You know, for me, sometimes badut ni nampak menyeramkan juga. Adakah you guys feels the same?)


🤡PROLOG🤡



"Encik Kim Kim, kalau saya mati, boleh saya jadi macam encik di kehidupan akan datang?" Tanya seorang budak lelaki yang baru berusia 9 tahun itu.

"Kenapa cakap macam tu? Kim Kim tengok awak sihat saja, kenapa tiba-tiba mahu bercakap tentang mati pula?" Balas pemuda itu.

Budak lelaki itu mula mengalihkan pandangannya. Lantai  yang bersih itu mula ditenung. Dengan berhati-hati dia membuka bicara.

"Yang sihat cumalah peti suara ini, yang masih mampu untuk bersuara dan ketawa. Tetapi badan ini sudah rasa seperti seseorang yang sudah berusia puluhan tahun." Balasnya sambil tersenyum sedikit.

Pemuda itu terdiam. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk meneruskan perbualan.

"Encik Kim Kim mahu tahu mengapa saya mahu jadi macam encik?"

"Mengapa?"

"Kerana orang seperti encik dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak seperti kami." Balas budak itu dengan nada ceria sambil memandang lelaki berpakaian clown dihadapannya.



(Inspirasi)





🌼 Kim Taehyung atau nama panggilan mesra yang telah diberikan oleh kanak-kanak iaitu "Encik Kim Kim" sangat popular dalam kalangan masyarakat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌼 Kim Taehyung atau nama panggilan mesra yang telah diberikan oleh kanak-kanak iaitu "Encik Kim Kim" sangat popular dalam kalangan masyarakat. Setiap kali ada sesuatu majlis yang berlangsung, mereka akan segera menjemput Encik Kim Kim untuk memeriahkan lagi majlis mereka. Dari sudut pandangan segelintir orang, mereka menganggap badut ini hanya makhluk yang bodoh dan hodoh. Dengan berpakaian seperti  badut yang banyak bertemakan warna-warni dan sering membuat aksi lucu menimbulkan lebih banyak lagi pra sangka buruk  masyarakat terhadap pekerjaan Encik Kim Kim. Mereka juga beranggapan pekerjaan sebagai badut ini juga tidak mempunyai masa depan.


"Hey badut hodoh! Jangan cuba untuk dekat dengan anak aku lagi! Pekerjaan kau ini hanya sia-sia! Aku tidak akan benarkan anak aku berjumpa engkau lagi!" Kata seorang wanita yang berusia 50-an kepada Encik Kim Kim.




(Inspirasi)




"Oh kamulah badut yang selalu dipuja oleh ramai orang itu?! Mengapa memilih pekerjaan begini? Kamu tidak memperolehi apa-apa manfaat daripada pekerjaan ini. Sudahkah ia dapat menanggung kehidupanmu?! Sudahkah ia dapat menanggung kehidupan kedua ibu bapamu?! Sudah pasti mereka sedih melihat kamu menjadi badut, seperti orang yang tiada arah dalam kehidupan. Berubahlah! Cari pekerjaan yang dapat menjamin kehidupan, bukan pekerjaan yang menunjukkan kebodohan dihadapan masyarakat!"





(Inspirasi)





Adakah menjadi badut kerja yang sia-sia? Sedangkan badut sering membuatkan kanak-kanak atau orang yang menghadapi hard time tersenyum kembali. Kerja mereka hanya untuk membuat seseorang itu gembira. Adakah dia perlu diperlekehkan  hanya kerana dia memilih untuk menjadi penghibur, iaitu badut?









🤡🤡🤡🤡







"Unnie?!"


"Unnie okay tak?! Jangan macam ni!!"


"Dia baik, dia tidak akan cuba untuk mencederakan sesiapa!"



"Unnie!!!"






🌼Song jihyo atau Jihyo seorang wanita yang menghidapi sesuatu penyakit yang bernama Coulrophobia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌼Song jihyo atau Jihyo seorang wanita yang menghidapi sesuatu penyakit yang bernama Coulrophobia.

🌼Coulrophobia adalah rasa takut kepada badut, bahkan hanya memikirkannya saja sudah mampu membuat sesorang yang menghidapi Coulrophobia berasa takut yang teramat sangat.

🌼Orang yang mengalami fobia ini juga akan menangis, berteriak dan marah jika ada badut berhampiran dengannya. Mereka tidak akan melihat badut sebagai sosok yang lucu, Justeru mereka akan menjadi panik  kerana menganggap badut itu sebagai sosok raksasa dengan wajah menakutkan yang akan memakannya.



"P-percayalah c-c-cakap J-jihyo! Dia akan m-m-makan kita semua!!" Terketar-ketar Jihyo membalas. Sesungguhnya dia amat takut dengan makhluk bertopeng dihadapannya.



"Jihyo, ini hanyalah badut. Dia tidak akan cederakan sesiapa termasuk kamu. Badut hanya membuatkan orang tertawa, mana mungkin badut yang lucu ini boleh membunuh orang pula." Dengan berusaha perempuan itu menyakinkan Jihyo.



Jihyo mula memaut lengan wanita yang cuba memujuknya itu dengan sangat erat seperti nyawanya bergantung pada wanita itu. Air mata mula turun membasahi pipi gebu Jihyo.



"J-jihyo me-merayu! To-tolong ja-jauhkan dia dar-dari Ji-Jihyo!" Kata Jihyo sambil merayu-rayu dihadapan wanita itu.



"Baiklah.."








🤡🤡🤡🤡







"Unnie, kenapa tak boleh jumpa Encik kim Kim? Rindulah dengan Encik Kim Kim. Dia penghibur yang periang, bila dia buat sesuatu yang lucu saja mesti semua sudah tertawa terbahak-bahak. Rindu nak tengok aksi lucu Encik Kim Kim lagi" kata adik Jihyo sedih.


"Nanti unnie cari maskot yang comel untuk hiburkan adik unnie ni, mahu?" Pujuk Jihyo.


"Tak nak! Tiada apa pun yang boleh ganti Encik Kim Kim! Nak Encik Kim Kim!!" Balas adik Jihyo, geram.


"Jangan degil!  Maskot comel itu boleh buat kamu jauh lebih gembira berbanding makhluk menakutkan itu!" Jelas Jihyo, apa yang membuatkan adiknya terlalu sayang pada makhluk menakutkan ini? Pada Jihyo makhluk itu hanya tahu untuk menyakiti orang dan bukan untuk menghiburkan orang.


"Benci unnie!!" Jerit adik Jihyo, dengan segera dia keluar dari rumah dan meninggalkan Jihyo keseorangan. Air mata membasahi pipi serta teriakkan mula didengari. Adiknya terlalu degil sehinggakan Jihyo tidak boleh berbuat apa-apa. Sudah banyak kali dipujuk tetapi masih makhluk menakutkan itu juga dijadikan pilihan. Jihyo mula resah, gejala penyakitnya sedikit demi sedikit mula mengawal seluruh badannya. Dia mula rasa takut dan terasa mual. Seluruh badanya sudah lemah.



Pernafasan dan degupan jantung Jihyo semakin laju, serangan paniknya mula kembali. Jihyo cuba untuk bangun tetapi tidak berdaya. Dia perlu mencari adiknya, tetapi dengan keadaannya begini harus memberhentikan niatnya dan perlu menenangkan diri terlebih dahulu sebelum memulakan pencarian adiknya. Dia hanya mampu berharap supaya adiknya selamat sahaja dalam keadaan begini.




"Jihyo minta maaf.."





🤡🤡🤡🤡🤡








COULROPHOBIA is the fear of clowns.

Some people find clowns funny, COULROPHOBIA certainly DON'T.








Hey readers Fluffy!! ♥️ Hope korang berminat baca buku yang Fluffy buat ni 🤡 please support this ff okay ☺️♥️  This is my own story yang direka dari imaginasi Fluffy sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

🤡COULROPHOBIA🤡 KTH×SJHWhere stories live. Discover now