REVIEW 1

148 18 22
                                    

Username: nurasyaa_
Title: Kerana Cinta
Genre: Romance
Chapter: 18


Hye, Asya!

Dah sedia belum? Sis akan review dengan jujur.




Let's start...





Let's start

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cover:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cover:

Awak punya cover dah cantik. Font yg diguna pun kene dengan tajuk. Yang penting tajuk cerita awak tu dapat dilihat dengan jelas. Cantik dan simple.

Sinopsis:

Perghh... Sinopsis awak berjaya buat sis rasa berdebar nak baca. Fuhh... Ayat yang awak guna tidak memeningkan kepala sis. Act sis memang suka cerita romance ni. Cuma sis tak suka tulis genre romance. And buku awak ni tak klise. Okeyh mungkin ramai orang dah baca pasal kahwin paksa, perjanjian untuk jodohkan anak. Tapi disebabkan awak pandai olah cerita, jadi cerita awak ni nampak kebabom.

Jalan cerita:

Jalan cerita awak buat saya rasa sekejap tersenyum, sekejap rasa nak hempuk aje kepala Hanif tu biar dia mati katak. Awak tak terburu-buru dalam mengolah cerita. Panjang setiap bab pon okeyh sebab tak terlampau pendek and terlampau panjang. Benda ni penting tau sebab kalau kita buat panjang sangat, dia akan mendatangkan rasa bosan bila readers baca. First, sis baca buku awak ni. Sis rasa macam wahh best gile sebab crush minat kita balik. Lepastu sis berangan bila lah nak ada bf macam Fayyadh? Then, sis ingatkan Raisha tak jadi kahwin dengan Hanif. Maksudnya kejahatan Hanif terbongkar dulu sebelum diorang kahwin. Tapi ternyata sangkaan sis salah. Huhuhuhu... tak pelah.

Peranan watak:

Awak buat watak Fayyadh ni seolah-olah dia hidup. Okey sis suka gile dengan Fayyadh ni sebab walaupun dia workaholic tapi dia tak abaikan tunang dia pon. Yang penting SETIA. Waktu sis bace part Raisha minta putus tu, sis rasa nak nangis. Lelagi bila tengok ketabahan Fayyadh bila dia tunang sendiri minta putus. And walaupun Fayyadh ni datang dari keluarga yang kaya, parents dia tak sombong pun. Sis suka gile dengan watak Fayyadh ni... Huwaa tolong bawa sis jumpa dengan Fayyadh. Okey last ii. Otak Fayyadh ni memang geliga betullah. Sis pun x terpikir dia akan hantar orang-orang dia untuk jaga Raisha. Hurmm maybe dia nak kumpul bukti semua yg Hanif buat then bawa ke mahkamah.

Raisha pulak dia memang anak yang baik sebab walaupun dia tak nak kene putus dengan tunang yg terchenta. Dia tetap ikut kata mak dia. Sampaikan dia kene dera pon dia tak bagi tahu mak dia sebab dia tahu mak dia tak akan percaya. Sepatutnya Raisha ni mmg sepadan dengan Fayyadh sebab dua ii tabah. Tapi tulah disebabkan perjanjian tak masuk akal tu... semua nya musnah sekelip mata. Geram betul dengan mak Raisha and Datin Fizah. Boleh pulak dia buat perjanjian waktu Raisha umur 1 tahun. Gila betullah.

Hanif ni pon satu... Ishh aku geram aje. Acah macam baik rupanya hati paling busuk. Woii dah lah dera bini lepastu masuk kelab. Dasar tak ingat agama. Ishh kalau sis jadi hakim. Memang sis kenekan hukuman dekat Hanif. Macam lah kaya sangat. Pikir semua perempuan pandang harta je ke? Jangan sampai satu hari nanti bila permata di depan mata jadi milik orang lain baru nak menyesal. Waktu tu kau nangis lah air mata darah ke memang tak de guna lagi. Maaf kau tu memang tak boleh pakai.

Tatabahasa:

Ada beberapa perkataan inggeris yang awak tak sendengkan. Mungkin terlepas pandang. Tapi tak apa nanti boleh betulkan semula. And kalau awam buat flashback sis sarankan awak kene tulis flashback dekat atasnya. Supaya readers tak pening. Hurmm rasanya tu je kot.




Rate:

9/10



Overall buku awak semua dah okey. Yang penting awak berjaya buat saya simpan buku ni dalam private library and RL.

Jangan putus asa okey. Kalau ada kata-kata negatif dari readers... abaikan aje. Tak payah dilayan orang macam tu. Tapi kalau benda tu untuk meningkatkan penulisan kita, awak kene ambil sebagai pengajaran dan peringatan.

Yang penting teruskan update. Sis tunggu ni. Tak sabar nak baca.


PROMOTE, VOTE, REVIEW YOUR BOOKWhere stories live. Discover now