Chapter 6

96 50 23
                                    

Somi pov

"Dah tepi-tepi aku nak buat coffee ni, sekarang ni tugas kau pula yang ambil pesanan.."

"Laa awak la yang pergi ambil pesanan dekat pelanggan. Tak apa coffee ni mari saya buat ok.

"Aku kata nak buat coffee nak buat coffee la haih dengar jela.."

"Umm baiklah awak kalau saya bertengkar dengan awak ni sampai esok pun tak akan habis sebab awak tak akan mengalah pun.."

"Haa kau tahu tak apa jadi pergi la ambil pesanan biar aku yang buat coffee ok.."

"Umm baiklah..."

Selepas 10 minit....

Aku menjerit dari jarak jauh kepada lelaki nerd itu iaitu Jimin dengan berkata "nah kau punya pesanan dah siap!"

Sewaktu aku dalam perjalanan hampir sampai ke meja Jimin iaitu satu tapak sahaja lagi yang perlu aku langkah. Tiba-tiba badan aku mula berasa tidak seimbang kerana aku telah merasakan lantai cafe ini lincin kerana di situ terdapat tumpahan air yang agak banyak.

Selepas aku berusaha untuk mengimbangkan semula badanku.. tetapi aku tidak berjaya juga maka aku tergelincir. Jadi pada waktu itu aku hanya mampu redha sahaja untuk mendapat malu.

Tetapi aku tidak sempat jatuh ke lantai kerana ada seseorang jejaka yang telah menyelamatkanku dari belakang siapa lagi kalau bukan Jimin si budak nerd itu. Fuhh sweet juga Jimin ni walaupun nerd hahaha..

"Fuh.. nasib baik awak tak apa-apa. Tidak makanan dengan air ni dah terjatuh atas awak."

Tiba-tiba muka aku bertukar menjadi merah padam kerana dia telah menyambutku yang hampir terjatuh lalu aku terus menenung Jimin dalam beberapa minit...

Selepas beberapa minit...

"Umm awak ok ka ni?" Tanya aku.

"E-err aku ok ja la terima kasih sebab sambut aku tadi.. umm cermin mata awak nak jatuh tu."

"Ouh terima kasih bagi tahu"

Tanpa melengahkan masa aku cepat-cepat meletakkan pesanan yang dipesan Jimin di atas meja lalu aku meluru ke belakang dengan pantas sekali.

Sewaktu aku bergegas hendak ke belakang, telah mula banyak mata yang telah memerhatikan aku. "Fuh malu tu aku tak tahu nak cakap apa dah huwaaa!!"

___________

Aku selamat sampai ke belakang dengan malunya...

Daniel pov

"Ehh Somi, awak dah kenapa ni? blushing betul muka awak ni.."

"Eiii kau tak payah nak tanya aku macam-macam boleh tak!?. Memangla muka aku blushing aku hampir jatuh dekat depan tu lepastu ada orang sambut aku haih lagi la aku malu..."

"HAHAHAHA!! Jatuh.. kesian dekat awak itula lain kali nak jalan tu tengok bawah dulu.."

"Engkau ni!! cakap banyak pula. Depan tu ada air tumpah jadi aku nak tergelincir la haih benda dah nak jadi mana aku nak tahu.." marah Somi.

"Ehehehe yela-yela.."

"Dah kau pergi sebelum aku naik angin..."

"Ok-ok aku pergi....."

__________

Jimin pov

Fake Nerd Guy ;pjm Where stories live. Discover now