Bab 1

57 3 2
                                    

ZAREL duduk memusingkan kerusinya ke kiri dan kanan. Serabut memikirkan masalah cintanya. Kalau tak jatuh cinta, nanti tak dinamakan manusia pula. Paling tak boleh blah, ada yang akan mengutuknya. Tak lain tak bukan ahli keluarga angkatnya, si Darrin. Orang nak bercinta aku pun nak bercinta. Zarel menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Dia hanya menunggu siapakah yang akan muncul.

Terjengul wajah Rayna. Zarel mengeluh.

"Hai Rel," tegur Rayna dengan sengihan hingga ke telinga.

"Rayna, you buat apa kat sini?" tanya Zarel. Mereka dah putus patutnya Rayna tak perlu lagi datang berjumpa dengannya.

"You ni tanya I pula. Mestilah I rindukan you." Rayna menjawab. Dia melabuhkkan duduk di depan Zarel.

"Rindu apanya Rayna. I tak kembali kepada you. Sekarang I dah putus dengan you I tak akan sambungkan semula." Zarel menjeling sekilas kepada Rayna. Rayna bukan lagi perempuan yang dia cintai lagi.

"I tetap nakkan you semula. You pun tahu kan macam mana I dulu. I cuma tersilap langkah sedikit saja." Rayna memujuk.

"Sikit you cakap?" Terjegil Zarel apabila Rayna mengatakan sikit salahnya itu. Tidur dengan lelaki lain kut, itu bukan sedikit. Itu berbukit-bukit sudah.

"I mabuk malam tu." Terkelip-kelip mata Rayna memandangnya.

"I tak nak dengar Rayna. Yang pastinya I tak mahu lagi teruskan hubungan kita." Zarel tegas dengan keputusannya. Dia tahu sebelum Rayna bercinta dengannya, Rayna ada kekasih yang dibawa hingga ke bilik tidur. Sebab itulah dia tidak kisah pun bercinta dengan Rayna kerana Zarel sendiri hidupnya macam Rayna. Tapi, bila sudah bercinta dengannya jangan memandai nak tidur dengan lelaki lain lagi. Zarel tidak boleh terima.

Rayna melutut di hujung kaki Zarel. Memegang lutut Zarel. Terkejut dek pegangan itu, Zarel melompat bangun.

"You gila ke Rayna?" Zarel menjerit. Dia bergerak menjauh sedikit. Nanti kalau orang yang melihat apa pula akan dikata mereka. Buat tak tahu walaupun perempuan sudah melutut.

"Selagi you tak terima I semula I akan duduk macam ni saja." Rayna bertegas tidak mahu bangun. Melutut seperti tadi.

"Suka hati youlah."

Zarel malas melayan.

"Rel!" panggil Rayna seraya bangun. Degilnya Zarel. Dia pun tahu Zarel degil. Tapi, tak sangka pula Zarel akan tahu hal dia tertidur dengan bekas kekasihnya. Argh, kenapalah dia bodoh sangat mengikut mereka ke parti bujang tersebut. Itu belum lagi si bakal isteri bekas kekasihnya tahu.

"Rel, you maafkanlah I. Selama I bercinta dengan you I tak pernah dekat dengan lelaki lain tau. I tersasar sekali ni saja." Rayna merayu lagi. Lengan Zarel dipegangnya. Zarel memejamkan matanya. Kalau dia maafkan Rayna kali ini tak mustahil akan ada kemaafan lagi selepas dia buat kesalahan lagi.

"Rayna, kita dah putus. I dengan cara I, you dengan cara you. Kita sama-sama tak mahu kahwin kan."

"Kita kahwinlah kalau macam tu." Rayna kelipkan matanya berkali-kali kepada Zarel.

"Rayna..." Panjang panggilan Zarel dengan mana Rayna. Rayna ketawa saja. Payah dengan perempuan ini yang tak hairan dengan apa saja. Salahnya besar pun dia boleh buat biasa.

"I tetap dengan keputusan I. I dengan you dah putus. You dilarang datang ke rumah I lagi. Barang-barang you I dah kemas dan I dah suruh lori hantar ke rumah you." Zarel beritahu Rayna.

"Rel! sampai hati you buat I macam ni!" Rayna menjerit. Bergema seluruh pejabat Zarel. Zarel tak hairan kalau Rayna mahu melalak sekalipun. Lantaklah. Rayna ingat Zarel tak akan buat apa-apa. Tetapi, Zarel lebih awal bertindak. Si setan mana entah yang hantar gambarnya kepada Zarel. Termangu-mangu Rayna melihat Zarel keluar dari bilik itu.

ELISEWhere stories live. Discover now