Satu

153 16 20
                                    

HAI Hallo this is Aunty Kurus here! So as promised, i pub chap 1 after i got 150 readers, yeah dumb meh. So dont forget to vote and komen also share this book to others deobi okeis? Kamsahamnida ok ok nah baca.
Cau lu, ❤️

-----------------------------------------

12/1/2020 || 5.30 PM

Parit Blok D

Hana POV

"Eun! Sini sini bagi baldi tu dekat aku." 

Eun berlari ke arah aku dengan tangan dipegang erat baldi berwarna merah yang disorokkan dalam tandas perempuan blok D awal pagi tadi.

"Nah isi cepat Hana, Yaera dah tunggu depan kereta cikgu tu" Eun menghulurkan baldi kosong tadi kepada aku.

Aku penuhkan baldi merah yang dihulurkan Eun tadi dengan mengisi air parit yang berdekatan dengan tandas perempuan di blok itu.

"Hana cepat sikit. Aku rasa Kyungmi tak bole tahan cikgu disiplin lama lama dekat kantin tu, nanti cikgu sus dengan dia."

Eun dah gelisah sebab aku buat kerja lambat sangat.

"Hish kau sabar bole tak? Kau duduk diam je atas tu. Yang cedok air sekarang ni siapa? aku ke kau?"

Aku cuba menahan sabar. Cepat betul Eun ni gelabah.

"Hish menyesal aku tak ambil banyak lagi gayung, kalau tak bole tolong kau kan?"

Yeah sekarang aku duduk dalam parit dan mencedok air parit masuk dalam baldi. Eun tak masuk parit sebab nanti dia yang kena tarik baldi tu keluar daripada parit yang dalam ni.

"Tahu takpa. Dah sekarang kau diam je"  Tangan aku mencedok dua lagi air parit dan tuang ke dalam baldi. air dalam baldi sudahpun sampai parat setengah.

"Dah ambik ni, tarik baldi ni naik keatas. Pastu tolong aku keluar" aku menghulurkan baldi tadi ke arah Eun.

Eun menjenguk dalam baldi yang aku hulurkan kepada dia.

"Eish, setengah je? Mana cukup. Isi la lagi."

Eishhh budak ni tadi dia yang suruh aku cepat.

"Cukup la ni, bukan kita nak siram semuanya kan? Dah cepat ambik ni nanti badan aku naik bau parit kantoi kita karang."

Eun pun dengan hati hati menarik baldi yang berisi air parit tadi agar tidak tertumpah dan kena pada uniform sekolah aku.

Selepas sahaja aku mendarat ke tanah, aku dan Eun angkat baldi merah tu sama sama ke arah Yaera yang tengah bersidai atas kerusi di parkir lot berhampiran kereta cikgu disiplin.

"Woi sini" Yaera melambaikan tanganya ke arah kami sambil melihat sekeliling memastikan tiada orang yang melihat keadaan kami.

"Sabar la wei berat tau baldi ni."

Eun mengeluh sambil terkedek kedek dengan aku menuju ke kereta cikgu disiplin yang terletak di belakang blok C.

Laluan blok C ni cuma ada kereta dia sorang sahaja. Alasan kerana tidak mahu bersesak dengan kereta cikgu cikgu yang lain.

Cikgu cikgu yang lain tidak berani memakir kereta di kawasan belakang blok C tu sebab ada yang cakap, kawasan tu ada penuggu! Kereta mesti rosak kalau pakir situ. Tidak hairan la depa tak mahu memakir kenderaan depa disitu.

"OK SATU DUA TIGA!"

Aku menghitung sambil memandang Eun tanda curah air parit bersama-sama.

Aku dan Eun menyimbah belakang kereta Mercedes-Benz warna putih itu dengan air parit dan lari ke arah bangunan blok C dan menyorok di dalam bilik musik yang terletak di hujung bangunan blok itu.

Baldi merah tu, entah la mati sama dia :)

Sampai sahaja di dalam bilik itu, aku, Yaera dan Eun berlari ke arah tingkap  bilik itu dan menunggu cikgu disiplin mengambil keretanya agar dia dapat pulang kerumah.

Untuk tidak melepas peluang keemasan itu, kami bertiga mengambil telefon kami dan bersedia untuk merakam reaksi cikgu apabila dia menyaksikan keadaan belakang keretanya yang sudah bertukar warna dan busuk yang tidak terhingga itu.

Dua minit kemudian

"Weih cikgu, cikgu. Ready fon masing masing." Yaera bersedia dengan telefon Iphone 14 miliknya sementara aku dan Eun terkapai kapai menekan icon kamera di dalam fon masing masing.

Jelas urat saraf hijau yang timbul di leher, dahi dan tepi alis cikgu apabila nampak keadaan keretanya yang busuk sebusuknya dan belakang keretanya yang putih sudah bertukar hitam ditambah dengan rumpai rumpai air yang terlekat di nombor plat keretanya.

"ARGH! SIAPA YANG BERANI KOTORKAN KERETA MAHAL AKU?!
NAHASLA BUDAK BUDAK NI KALAU AKU DAPAT!"

Kedengaran suara cikgu disiplin yang menjerit kemarahan sambii matanya meliar mencari sesuatu, mungkin kelibat anak murid yang nakal? Siapa tahu?

Manakala bunyi helaian tawa daripada bilik musik jelas kedengaran sehinggakan bunyi mengilai terkeluar sekali, tak lain tak bukan suara Yaera.

Keistimewaan mempunyai suara yang lunak dan lantang, sangat jarang dimiliki bagi seorang perempuan. Mengagumkan bukan?

"Assa! Puas hati aku! Itula berani berani dia tuduh Haewon dengan Ahyeong meniru masa exam gerak gempur haritu. Aku tahu la kawan aku dua dua dapat skor penuh, kenapa la dia tak percaya? Nah sekarang, Ambik kau. Padan muka"

Eun sudah tersenyum puas setelah mendapat rakaman yang memuaskan hatinya untuk di viralkan beberapa hari lagi.

"Dah jom balik, lama lama nanti kita kena tangkap. Kita dah dapat apa yang kita mahukan kan? "

Aku menarik tangan Eun dengan Yaera keluar dari bilik music dan terus berlari ke arah blok D untuk balik.

Yeap lompat pagar, takkan nak guna pintu utama?

Sah sah cikgu lalu situ kejap lagi untuk pulang. Tambah sekarang sudah petang, dekat pukul 6 petang kot Kalau ikut pintu utama nanti jagar tanya macam macam pulak kejap lagi, kau nak jawab apa? Kelas tambahan? Dah kalau kau bertiga je yang tinggal kelas tambahan bende.

"Cepat sikit panjat, lepastu kejap lagi balik rumah aku, aku ada beli perfume baru. And nanti mandi kat sana je oke?"

Yaera mengajukan cadangan.

"On" aku jawab ringkas sambil menunggu giliran nak panjat pagar belakang sekolah sebab Eun tengah panjat.

"On" Eun menjawab setelah dia berada di sebelah luar kawasan sekolah.

"Ok" Aku menjawab ringkas dan beberapa saat selepas itu aku berjaya lompat ke bahagian luar sekolah.
Hanya tinggal Yaera sahaja.

Sedang on the way Yaera tengah panjat,

"WOI! KAU BERTIGA! APEHAL TAK BALIK LAGI?!"

1 2 3! ¦¦ KIM SUNWOOWhere stories live. Discover now