Tap! Tap! Tap! Itulah bunyi yang diluahkan ke ruang lingkup bilik berkedap udara apabila jari-jemari menyentuh papan kekunci komputer riba berwarna perak seperti keluli tapi kualitinya hanyalah plastik. Sepuluh jari-jemari itu pantas mengetuk setiap kekunci abjad yang tertera di atasnya. Setiap kekunci yang ditekan akan mewujudkan abjad, perkataan, ayat dan perenggan yang muncul pada skrin komputer riba seakan-akan ianya sihir zaman digital.
Namun, siapakah yang sedang menulis dengan laju itu? Seorang lelaki berkaca mata, memakai baju kemeja-T berlengan pendek warna hitam, berseluar putih sedang khusyuk menghadap skrin komputer riba dari pagi tadi sehinggalah ke petang. Sungguh tinggi fokusnya ke arah skrin komputer ribanya itu sehingga dia tidak sedar cuaca di luar sudah mendung gelap disertai dengan hujan lebat tidak henti-henti. Sungguh dia tidak sedar.
Apa yang dia sedang taipkan pada skrin komputer riba sampaikan dia tidak peduli pun apa yang berlaku di luar sana? Sudah ketandusan idea, barulah lelaki itu berhenti membawa jauh jari-jemarinya dari papan kekunci bagaikan dia baru sahaja menarik handbrake keretanya. Lelaki itu menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus keluar seluas-luasnya seperti mencabut batu besar yang melekat di belakang badannya lalu dibaling jauh-jauh dari tubuhnya.
Dia menyandarkan badannya pada kerusi plastik putih tipikal yang murah lalu kepalanya memandang ke arah siling rumah. "Idea aku dah kering ni.... Eh! Dah hujan kat luar? Berapa lama dah aku kat depan komputer ni?" Lelaki itu banyak menanyakan soalan kepada dirinya.
Tiba-tiba perutnya mula berbunyi. "Oh ya, aku dari pagi tadi tak makan. Lupa pulak hahaha... Tu lah fokus sangat menulis cerita ni sampai makan pun tak ingat. Dateline masih lambat tapi tu lah blia aku dah in the zone memang aku jadi macam ni."
"Nak keluar jap lah, nak pergi cari makanan." Lelaki itu terus bangun dari kerusinya dan bergerak keluar dari biliknya dan terus ke ruang tamu untuk mengambil kunci kereta, dompet dan kunci rumah di atas meja. Dia keluar dari rumah dengan mengunci pintu rumahnya. Enjin kereta dihidupkan, pintu pagar dibuka secara automatik dengan menggunakan alat kawalan jauh. Kereta lelaki itu bergerak keluar dari rumah dan pintu pagar kembali ditutup. Lalu kereta itu meneruskan perjalanannya ke destinasi lain meninggalkan tempat tinggalnya.
Di pekan, suasana di sini masih dipenuhi dengan umat manusia yang tidak henti-henti datang ke restoran-restoran untuk menjamu selera. Walaupun dalam keadaan basah kuyup sekali pun, itu tidak dapat menghalang nafsu kelaparan manusia. Sambil memandu, matanya meliar-liar melihat sekeliling mencari restoran yang sesuai dengan seleranya. Dia masih tidak tahu mahu makan apa. Tapi apa yang pasti, dia mahu mencari restoran yang tidak ada ramai pelanggan.
Kenapa? Kerana dia tidak suka suasana terlalu ramai manusia. Apabila terlalu ramai, badannya terasa tidak selesa. Nafasnya seakan-akan disekat. Otaknya terasa lemas dalam tanggapan-tanggapan umat manusia. Baginya, dia akan lebih terasa tenang apabila bersendirian. Dia mesti perlu mencari restoran yang kurang ada pelanggan.
Selepas beberapa minit mencari kedai yang sesuai. Akhirnya dia dapat juga mencari yang berkenan di hatinya. Restoran makanan Barat yang menghidangkan makanan-makanan tipikal seperti burger, chicken chop, lamb chop dan banyak lagi yang biasa pelanggan di negara ini pernah dengar. Lelaki itu meletakkan keretanya di hadapan kedai tersebut. Restoran itu masih tiada orang.
Lelaki itu keluar dari kenderaannya dan bergerak masuk terus ke dalam restoran itu. Dia mengambil tempat duduk yang bersebelahan dengan dinding restoran. Tempat duduk hanya untuk dua orang sahaja. Memandangkan dia datang seorang, tiada keperluan untuknya duduk di meja empat orang.
Seorang pelayan wanita melayani lelaki itu. "Selamat datang encik, boleh saya ambil pesanan?"
Lelaki itu membaca menu senarai makanan dan minuman yang tertera pada buku menu. Setelah melihatnya, dia mengambil keputusan untuk memesan lamb chop rice dan jus epal.