NikshaAfi's Reading List
7 cerita
TSK : Permata oleh NurIzzahHani
TSK : Permata
NurIzzahHani
  • Membaca 733,829
  • Suara 37,967
  • Bagian 28
Daripada filem aksi romantik ala islamik walaupun ikhtilat ke laut, dunia Irfan dan Hani kini berubah menjadi drama bersiri kekeluargaan apabila hadirnya permata dalam hidup mereka. Ahmad Furqan Aqil Aqilah Mampukah si brutal muslimah Hani menjadi mama yang baik? Terdayakah Irfan melaksanakan tugasan sebagai papa dengan sempurna? "Jaga anak lebih susah daripada matikan bom jangka!"
The Silent Killer oleh NurIzzahHani
The Silent Killer
NurIzzahHani
  • Membaca 3,594,807
  • Suara 164,476
  • Bagian 64
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!
Bintang Paling Terang oleh NurIzzahHani
Bintang Paling Terang
NurIzzahHani
  • Membaca 645,234
  • Suara 43,823
  • Bagian 46
Aku dah rancang sepenuhnya jalan hidup aku. Belajar elok-elok, jadi cikgu dan balas jasa Abang Ahmad yang dah korbankan zaman mudanya untuk membesarkan aku sejak aku berumur enam tahun. Tapi, betullah kata orang ; manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Pertukaran daripada sekolah bandar disebabkan oleh insiden yang hampir mencalarkan kredibiliti aku sebagai seorang guru ke sekolah di pedalaman Sarawak tiada dalam perancangan apatah lagi bila aku dihantar sekali bersama dia ; Amirul Mukminin. Aku ingat dia dan segala usikannya pada zaman sekolah rendah sudah selamat dalam kenangan. Rupanya muncul kembali bagai zombie yang keluar daripada tanah perkuburan. Izz Hanina Binti Khalid, abang tak akan izinkan kau pergi mengajar dekat Sarawak kecuali kau kahwin dulu. - Abang Ahmad Nak kahwin dengan siapa? Takkan la nak main cekup je anak teruna orang?! - Izz Hanina Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat. - Abang Ahmad Pening kepala aku dibuatnya dengan tauke nanas bujang terlajak ni! Tak segan ke nak pinang anak teruna orang? Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir pula tu! Aku yang brutal ni, dengan pak ustaz? Macam tak kena je... Melayari bahtera perkahwinan sambil berdayung atas sampan di Sungai Rajang. Bismillahirrahmanirrahim, redah je lah!
Bukan Untuk Dimiliki oleh appleflakes
Bukan Untuk Dimiliki
appleflakes
  • Membaca 4,351,740
  • Suara 252,919
  • Bagian 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
[C] KVSA2 : Kerana Cinta oleh Shieyruna
[C] KVSA2 : Kerana Cinta
Shieyruna
  • Membaca 1,389,316
  • Suara 48,390
  • Bagian 23
📌 ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum selesai. Aulia Zulaikha, berdepan dengan konflik dalam hidupnya. Dia tersepit antara cinta dan paksaan keluarganya. Tapi hatinya lebih memilih untuk setia kerana cinta seperti kehidupan. Ia tidak mudah dan tidak selalu bawa kebahagiaan. Jika dia tidak berhenti bernafas, jadi kenapa dia mesti berhenti mencintai? Bagaimana pula dengan yang lain? Kerana cinta yang mereka pertahankan dan percaya.. adakah ada keajaiban akan berlaku? Atau.. cuma sia - sia? c o v e r : @Shieyruna C O M P L E T E : 28 JUN 2018 H A K C I P T A T E R P E L I H A R A kau COPY kau BANGANG!
[C] Kau VS Aku oleh Shieyruna
[C] Kau VS Aku
Shieyruna
  • Membaca 2,819,528
  • Suara 90,991
  • Bagian 38
📌 ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL 📌 TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tiada pengakhiran. Kebencian yang tidak akan terpadam. Istilah Jatuh Hati tiada dalam fikiran. Percaya atau tidak, pergaduhan mereka hanyalah disebabkan perkara yang sangat remeh! Pergaduhan itu satu kebiasaan. Tapi kebiasaan itulah yang menjadikan mereka rapat tanpa sedar. Hati pula disentuh oleh satu perasaan aneh. Kata orang, jangan terlalu membenci. Kerana kau akan kalah dengan cinta. Adakah itu yang akan terjadi kepada mereka? Mungkin YA... atau mungkin TIDAK. Kerana masih ada pendengki... dan penghancur cinta! ***CERITA INI MENGANDUNGI UNSUR 'CRINGE', KARUTAN DAN KEKURANGAN. JADI KURANGKAN EKSPEKTASI YANG TINGGI C O M P L E T E : 18 DEC 2017 H A K C I P T A T E R P E L I H A R A Kau COPY kau BANGANG Best Achievement : [ Pemenang Wattys2017 ] [ Wattpad Special Pick ] #10 in Teen Fiction #8 in Teen Fiction #7 in Teen Fiction #5 in Teen Fiction #4 in Teen Fiction #3 in Teen Fiction #2 in Teen Fiction #1 in Teen Fiction
Fi Hifzillah Wahai Yang Dirindu|√  oleh HauraMawar
Fi Hifzillah Wahai Yang Dirindu|√
HauraMawar
  • Membaca 244,172
  • Suara 14,650
  • Bagian 68
Ahmad Mujahid Nasruddin,seorg lelaki soleh,hafiz Al-Quran, terpaksa meninggalkan maahadnya utk mengambil SPM di sebuah sekolah agama. Dari hari pertama persekolahannya,dirinya menjadi perhatian. Ramai pelajar perempuan yg tertarik dgnnya.Namun dia x mempedulikan semua itu. Hatinya tertarik dgn seorg wanita solehah yg sgt menjaga ikhtilatnya.Nur Syauqah Wardah langsung tidak menunjukkan sebarang minat terhadapnya. Di sudut hati, masing-masing menyimpan perasaan namun tak diluah kerna bimbang andai perasaan itu dimurkai Allah. Hanya kpd Allah mereka berserah. Ungkapan 'Fi Hifzillah'hanya terpendam di dlm jiwa,x terluah dek kata-kata. Setelah STAM, masing-masing membawa haluan ke menara gading. Si teruna ke bumi Anbia, manakala sang bidadari ke bumi Korea. Rindu kian membara di jiwa mereka. Kerna bimbang hafalannya hilang dari ingatan,sang teruna melamar sang bidadari utk menjadi yg halal buatnya. Adakh lamaran itu diterima? Adakah bahagia kesudahannya?