Ia Wujud
Aku panik. Saat dan ketika itu juga kaki ini bagaikan tidak mahu berfungsi. Langkahku mati di situ sedangkan makhluk itu semakin menghampiriku. Untuk bersuara juga aku tidak mampu. Nafasku tersekat-sekat. Aku melihatnya dengan jelas kerana dia sudah berada begitu hampir denganku. Wajahnya yang buruk. Baunya yang busuk...