Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
51 parts Ongoing [WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE]
Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing.
Kalau bulu ketiak pun boleh tetap mekar tumbuh di bawah ketiak yang sempit, lain pula bagi pasangan ini. Eh, kalau cinta mereka tak mekar pun tak apalah, asalkan aku tak tengok muka kau, kau tak pandang muka aku!
Pelbagai konflik yang berlaku di sekolah menjerut mereka untuk 'berkepit' sepanjang waktu persekolahan. Adakah cadangan para guru berjaya memulihkan hubungan musuh mereka?
"Kau boleh tak duduk jauh sikit dari aku!"- KAMILIA HAZEL
"Apasal pula? Kerusi kau yang dekat dengan aku, so please miss, jarakkan kerusi anda satu meter dari aku. Ha... Kalau nak jauh lagi, pergi duduk rapat kat dinding hujung sana. Lagi best."- UNGKU HARRAZ
Jawapannya, tidak!
Walaupun begitu, desakan dan ugutan dari pihak keluarga untuk menyatukan mereka sebagai suami dan isteri, tidak dapat dibantah oleh mana-mana pihak.
Hati Hazel pula sedang terpaut pada cinta pertamanya, Raziq. Perwatakan Raziq yang penyayang dan baik hati menggugat iman Hazel. Lain pula bagi Raziq, yang cuma memandangnya sebagai seorang adik. Sadis!
Sedangkan Harraz, dalam diam menyimpan perasaan cemburu melihat Hazel mencintai orang lain. Kerana cemburu yang tidak dapat dikawal, Harraz telah bertindak melukakan hati Hazel.
"Where is your dignity? You lose it, did you? Perempuan tak ada maruah."- UNGKU HARRAZ
"Aku akan ingat penghinaan kau pada aku hari ni sampai aku mati."- KAMILIA HAZEL
Hanya kerana kata-kata yang tajam seperti pisau, Hazel tawar hati dan mati rasa terhadap Harraz. Dia abaikan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Harraz. Dia jadi isteri yang derhaka dan nusyuz kerana dia benci cinta Harraz!