2 chapitres En cours d'écriture Contenu pour adultesPOV3 (2024)
"With a single shot, he answered everything!"
Entah kenapa, pertama kali mendengar suara lelaki yang lalu di belakangnya itu buatkan Syurah sanggup kejar lelaki itu sehingga ke kawasan parking kereta.
"May I help you?" Danish Izz
Tapi bila dia dah disoal begitu, tak tahu pula Syurah nak jawab apa. Erk... Namun apa yang Syurah tahu, suara lelaki itu sangat 'sesuatu' walaupun dia tak mampu jelaskan kenapa...
Kejadian dia kejar Danish itu bukanlah pertemuan terakhir mereka. Ketika dia cuba cari kucingnya yang tersesat masuk ke rumah jirannya, Syurah bertembung lagi dengan Danish. Masa ni, lelaki itu yang tangkap dia menjadi penceroboh tak diundang. Double erk!
Rupanya Danish bukan seorang yang asing kepadanya sebelum ini apabila Syurah berjumpa dengan Datin Madinah, mummy kepada lelaki itu. Patutlah suara lelaki itu sangat familiar di telinganya. Jadi, apa pula masalah Si Danish tu buat-buat bodoh di depan dia sebelum ini?
"Kenapa tak mengaku yang kita kenal sedangkan kita satu mummy?" Syurah Asyfar.
"Sejak bila mummy aku beranakkan kau?" Danish Izz.
"Siapa cakap satu mummy mesti kena beranak dulu? Siapalah tahu, mummy Abang Izz tu jadi mak mertua Syurah satu hari nanti? Haha!" Syurah Asyfar.
Namun, siapa sangka kata-kata Syurah itu jadi kenyataan pula apabila dia benar-benar menjadi isteri kepada Danish Izz setelah itu. Malahan, perkahwinan mereka ini merupakan permulaan yang menjadi pembongkaran kepada segala-galanya. Termasuklah kematian walidnya, Encik Asyraf yang sebenarnya merupakan satu pembunuhan!