Maryam mempertaruhkan kepercayaan kepada Asyraf selama bertahun-tahun. Sayangnya majlis perkahwinan mereka bertukar kecoh apabila Asyraf bertindak mengikat Adelia sebagai pengantin perempuan. Kecewa dan sakit hati atas tindakan Asyraf, Maryam memerangkap 'Uncle Azra'ie', yang juga merangkap pak cik kepada Asyraf. Setelah perkahwinan, Maryam mulai menyedari bahawa tindakannya terburu-buru. Lebih mengejutkan Uncle Azra'ie merupakan kekasih Kak Intan! "You kata tak kisah ada suami tua macam I? Kenapa you nak kena mengalah pula dengan Intan? You should know Maryam, you sebagai orang muda patut lebih aktif layan orang tua macam I ni."-Uncle Azra'ie Kak Intan pula tak sudah menghasut Azra'ie agar menceraikan dirinya. Paling sadis, Asyraf dan Adelia turut termasuk dalam perancangan jahat yang mahu melihatnya sengsara! Perlukah dia mengalah? Atau terpaksa memikirkan plan lain untuk mengikat hati suami sendiri yang sentiasa kejung itu?